Monday, April 11, 2011

Anwar ajar rakyat Sarawak kurangajar

Budaya tidak mengenangbudi-kini dijaja kemana-mana oleh Anwar, selama kempen PRN Sarawak. Selain Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng mengajar rakyat Sarawak tidak mengenang budi dan kurang ajar.

Sejak kempen bermula, Anwar dan kawan-kawan memfokuskan kempen mereka kepada Taib Mahmud, Ketua Menteri yang berkuasa 30 tahun dan telah berumur 75 tahun.

Anwar dan rakan-rakannya menolak langsung peranan Taib membangun Sarawak, daripada negeri miskin kepada negeri salah satu terkaya di Malaysia.

Sarawak pada masa kini, hanya mempunyai kadar 3% kemiskinan, berbanding semasa Sarawak bergabung dengan Sabah dan Malaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Para pemimpin pembangkang memainkan umur Taib, namun mereka lupa, Nik Aziz lebih tua berbanding Taib, Taib sebaya dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Pembangkang hanya boleh bercakap, janji pembangkang hanya retorik.

Rakyat Sarawak perlu ingat, taruhan mereka adalah tanah air mereka, jangan biarkan tanah air diperkotak katik oleh orang lain. Percaya dan yakinlah Pembangkang hanya mahu kekayaan negeri Sarawak.

Mereka tahu, Sarawak kaya dengan kayubalak, kaya dengan minyak, kaya dengan tanah dan kaya dengan lada hitam; belum lagi termasuk kaya dengan kelapa sawit dan beras bario.

Kepada rakyat Sarawak-tentukan nasib anda, pada 16 April ini.

No comments:

Blog Archive