Friday, March 04, 2011

Sodomi II: Apa ni Karpal??

Di Mahkamah Jalan Duta hari dalam proses perbicaraan dalam perbicraan kes sodomi II Anwar, Ketika, giliran peguam R Sivarasa memberi keterangan,Karpal Singh tiba-tiba memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa barisan pembelaan hendak memanggil Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Hakim yang mendengar kes tersebut Mohd Zabidin Mhd Diah bertanya kepada Karpal Singh Peguam Utama Anwar "Mengapa beritahu kami sekarang?" Karpal berkata "Keputusan dibuat berdasarkan perkembangan semasa."

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian meminta semua pihak berjumpa di kamarnya.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin, jam 8.30 pagi bagi membolehkan pihak pembelaan membuat permohonan bagi memanggil, Bakri, Musa dan Syed Hamid.

Bagaimanapun pada jam 12.45 tengahari tadi, Karpal berkata pihak pembelaan telah menarik balik permohonannya untuk memanggil ketiga-tiga individu tersebut.

No comments:

Blog Archive