Sunday, March 06, 2011

Mengapa Anwar dibicarakan- N. Surendran

Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras (baca disini). SEBAB: Anwar dituduh meliwat pembantunya sendiri. Meliwat adalah salah mengikut seksyen 377B CPC. Kesalahan menurut seksyen ini- sepelaku boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan dihukum sebat.

Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan. ANWAR hanya bercita-cita menjadi perdana menteri, melalui pengadaian maruah bangsanya sendiri. Anwar merangka berbagai penipuan, bagi mencapai cita-citanya. Berbagai pembohongan Anwar seperti Gerakan 16 September yang gagal itu, penipuan mengenai APCO, hingga kini Anwar gagal memberikan bukti bahawa gagasan 1Malaysia ada hubungan dengan APCO. Anwar hanya pandai bersilat lidah, tanpa ada fakta nyata. Rakyat majoriti, tidak akan menyokong pemimpin yang penuh dengan putar belit. Rakyat masih ingat, bagaimana Negara hampir Muflis pada tahun 1997-semasa krisis kewangan-kerana Anwar tunduk dan ikut telunjuk IMF dan kawan rapatnya Micheal Camdesuss.

Pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat. APA yang mahu diubah? Pakatan hanya seperti kera membaiki labu. Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara.APA yang memberi manafaat kepada negara? Pembohongan demi pembohongan di luar negara-dengan mengatakan bahawa negara ini huruhara, tidak selamat, berlakunya penindasan, ketidak telusan kehakiman, rakyat dikekang, rakyat tidak bebas bergerak, yang mana semuanya adalah TIPU dan BOHONG, MANA ADA PELABUR ingin melabur dalam keadaan dan situasi demikian. Para pemimpin Pakatan terutama ANWAR sebenarnya adalah pengkhianat kepada negara.

Reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun. REFORMASI apa yang dibawa ANWAR? REFORMASI Jalanan? Lihat sahaja di SELANGOR, dimana ANWAR adalah penasihat EKONOMInya.. berapa bilion kah pelaburan MASUK ke SELANGOR akibat nasihat ANWAR?. Pakatan hanya tahu bercakap secara retorik, bukan bercakap berasas pada realti, tetapi bercakap hanya berasaskan imjinasi.

Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka. Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali. DALAM negara sesiapa sahaja bebas BERTANDING DALAM PILIHANRAYA-Tiada kekangan. Atas sebab itu ramai pembangkang boleh menjadi MP ataupun ADUN. Jangan salahkah sistem, salahkan diri sendiri jika tidak mendapat sokongan majoriti.

Adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka. Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau. Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa. Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah.JAWAB LAH SENDIRI-APAKAH SEMUA BUKTI-BUKTI YANG DIBAWA KE MAHKAMAH ITU PALSU! KALAULAH PALSU BAGAIMANA DNA LELAKI Y AKA ANWAR BERADA PADA ANUS SAIFUL??? KEMUKAKAN ALIBI KENAPA ANWAR ADA RAKAMAN CCTV DI KONDOMINUM PADA JAM-JAM TUDUHAN LIWAT ITU? KEMUKAKAN ALIBI BAHAWA RAKAMAN CCTV ITU PALSU.

Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim. Rakyat cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang. Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji. Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.HANYA PENYOKONG PAKATAN YANG TERTUTUP KEPADA KEBENARAN MERASAI DIBOHONGI-MAJORITI RAKYAT MERASA-TIDAK DIBOHONGI. BUKTI.. PILIHANRAYA BN MASIH MENANG. BUKTI LAGI.. PRK MERLIMAU DAN KERDAU BN PASTI MENANG BESAR.

Tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama. Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang.SAMA-SAMA KITA TUNGGU.

No comments:

Blog Archive