Selepas 20 tahun memerintah Kelantan, baru kali ini tergesa-gesa membasmi penjualan loteri.
Baru-baru ini isu tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru menyerbu dua kedai buku menjual loteri kebajikan di Kota Baru minggu lepas menjadi isu kepada pemimpin DAP dan mendakwa ia satu bentuk penindasan kepada kaum cina.
Semalam, DAP juga menggesa PAS agar menjelaskan isu larangan menjual loteri di Kelantan dengan mendakwa pendekatan itu boleh menjejaskan sokongan masyarakat Cina kepada parti Islam itu.
“Ia akan mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Cina dan masyarakat Cina akan bimbang dengan PAS,” Kata Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua juga meminta kerajaan negeri Kelantan memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan.
Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kerajaan PAS tidak membenarkan lesen judi diwujudkan.
Antara yang mempertikai tindakan Kerajaan Pas tersebut adalah ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker berkata loteri yang dijual oleh kedua-dua kedai berkenaan adalah jenis loteri kebajikan yang mendapat kelulusan lesen penjualannya oleh Kementerian Kewangan mengikut Akta Loteri 1952.
“Akta Loteri merupakan undang-undang persekutuan dan kedudukan akta itu lebih tinggi daripada undang-undang pengharaman perjudian negeri (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 1993) dan undang-undang pengharaman perjudian itu terbatal jika bercanggah dengan Akta Loteri,” katanya.
Ti mempersoalkan rasional di sebalik serbuan itu dibuat kerana pihak berkuasa tempatan baru kini mengambil tindakan sedangkan penjualan loteri berlesen itu telah berlaku secara berterusan sejak 20 tahun lepas.

No comments:
Post a Comment