Saturday, March 19, 2011

Demonstrasi desak Anwar serah DNA lawan Demostrasi kehendak Anwar

Seringkali kita melihat dalam tweeter Anwar, atau ucapannya kita mendengar beliau dengan ghairah bercakap tentang Tunisia, Mesir, Libya dan beberapa negara Arab lainnya yang berjaya berdemo dan menukar kerajaan. Begitu juga dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Lim Kit Siang dan Nik Aziz.

Menyelami hasrat mereka, kita dapat merasakan bahawa mereka berasa betapa jerihnya untuk memegang kuasa dengan cara demokrasi. Susah untuk menjadi PM bagi Anwar dengan jalan minta rakyat membuat pilihan. Begitu ruwet dan complicated. Jadi diharapnya Malaysia akan sama dengan negara-negara yang dilabelkan dalam senarai 'Club of Doom' oleh Syed Akhbar Ali.

Bahkan seorang ketua fasis yang berjaya, Hitler sebagai diktator menjadi Chancellor German dengan cara memenangi pilihanraya. Hitler bukan leader yang naik melalui demonstrasi, walaupun Nazi mempunyai stormtroopernya; SA dibawah Captain Earnest Rohm.

Hitler melalui beberapa cubaan dalam pilihanraya, dan akhirnya diterima rakyat lalu menumbangkan kerajaan Weimar Republic. Jadi bagaimana seorang 'democrat' sejati yang terlalu mengidam-idamkan imej liberal seperti Anwar berharap kerajaan akan jatuh dengan demonstrasi jalanan lalu membenarkan beliau menjadi PM, mungkin Presiden? Harapan ini hampir sama dengan harapan Hishamudin Rais yang ingin menjatuhkan kerajaan melalui blog Tukar Tiubnya: berbekalkan gambar lubang anus dan 'KAH KAH KAH'nya.

Malaysia tidak sama dengan Mesir, Tunisia dan Libya. Pertama kerana Malaysia tidak terjebak dalam bahaya tergolong dalam 'Club of Doom'. Ini kerana negara-negara Islam yang mengalami masalah ini mempunyai ciri-ciri yang sama - mereka tidak memeluk 'demokrasi' secara sebenarnya, cuba menambah 'Islamik sana' dan 'Islamik sini' berdasarkan tafsiran beberapa ulama yang sempit dan jumud.

Malaysia mewarisi sistem demokrasi dari sebuah negara demokrasi berpelembagaan yang berjaya iaitu England. Tambahan pula, Malaysia juga mewarisi sistem perundangan dari Common Law yang berjaya dari British, yang mana ulama dalam PAS ingin mengubahnya 'so badly' dan jika berjaya bakal membawa Malaysia kepada 'Club of Doom' seperti negara-negara di atas.

Saya tahu peminat hudud akan menyanggah pendapat ini dan jika saya menghurai panjang lebar tentang hudud; ianya akan keluar dari topik perbincangan. Penulis Outsyed The Box sudah meramalkan dari tahun 2005 lagi negara-negara Islam yang miskin, gagal menggubal undang-undang yang progressif, tidak menguasai ilmu ekonomi, teknologi dan terperangkap dibawah sistem politik yang oppresive, merupakan negara yang akan menjadi 'Club of Doom'. Dan ini yang sedang berlaku sekarang.

Mengharapkan Malaysia menjadi seperti itu merupakan politik murahan yang tidak boleh dimaafkan. Golongan yang mengharap Malaysia menjadi 'club of doom; hanya kerana ada golongan ingin merampas kuasa. Jika gentleman, kita lawan demokrasi dengan demokrasi kerana menukar pemimpin dengan cara Mesir, Tunis dan Libya bukan cara yang menguntungkan Malaysia.

Keinginan sebegini hanya datang dari ahli-ahli politik yang muflis idea. Dan negara-negara Islam yang termasuk dalam 'Club of Doom' tidak sebenarnya mengikut Quran. Mereka mengikut pendapat sebahagian ulama yang masih berada dalam abad ke 14.

Sedih tapi benar, Malaysia sebenar diselamatkan oleh 'sekularisme'.

No comments:

Blog Archive