SUK Selangor yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi yang dilantik ke jawatan itu pada 27 Desimber 2010 dan berkuatkuasa 1 Januari lalu akhirnya diterima oleh oleh Kerajaan Selangor.
Kemelut yang berlarutan lebih sebulan itu akhirnya berakhir petang tadi, apabila Khalid mengalah.
Khusrin dan Khalid mengadakan pertemuan rasmi di pejabat Menteri Besar di Tingkat 21 Bangunan SUK di sini, pukul 5 petang tadi.
Khalid berkata pertemuan itu diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar.
Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut apa-apa tentang majlis angkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.
Khusrin dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu, yang pengumumannya dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan 27 Disember.
Pada 27 Januari lalu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan sulung dengan Khusrin hari ini dan ia akan disusuli dengan sidang akhbar bersama bagi menjelaskan kedudukan SUK yang pelantikannya selama ini tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri.Bagaimanapun hanya kenyataan media dikeluarkan petang ini.
Pelantikan itu membawa kepada krisis perlembagaan termasuk usaha kerajaan negeri meminda Artikel 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar dalam urusan melantik tiga jawatan tertinggi negeri iaitu SUK, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri.
Usaha itu gagal kerana tidak cukup undi majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.
Khalid bagaimanapun menjelaskan, kerajaan negeri akan tetap dengan usahanya untuk meminda perlembagaan negeri bagi memasukkan semula peruntukan tersebut, yang dipinda ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada 1993.

No comments:
Post a Comment