Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menubuhkan Majlis Presiden (MP) untuk mentadbir parti itu di Sabah menunjukkan parti itu bukan sahaja ketandusan pemimpin, mala menghina rakyat Sabah.
Penubuhan MP berikutan perletakan jawatan ketuanya Pajudin Nurdin dua hari lepas. Pajudin bukan sahaja meletakkan jawatan malah keluar parti dan menyertai Umno Tuaran.
Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengumumkan bahawa beliau sendiri akan mengetuai sebuah MP yang akan memimpin PKR di Sabah buat sementara waktu, berikutan kekosongan jawatan itu.
Tindakan menubuhkan MP telah terang-terangan adalah keputusan yang menghina kepimpinan PKR Sabah. Keputusan mereka ini adalah satu proses mengaibkan kepemimpinan PKR Sabah secara konsisten dan berterusan.
Contohnya, satu ketika dulu, ahli-ahli PKR terkejut apabila diberitakan bahawa Anwar mengisytiharkan tidak akan membenarkan pemimpin PKR yang bukan Islam seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjadi Ketua PKR Sabah walaupun jelas ramai yang mahu beliau menyandang jawatan itu. Kenyataan menghina itu sangat bertentangan dengan komitmen Anwar, Azizah dan Azmin yang sering mendabik dada mengatakan PKR adalah parti 'multiracial' dan PKR akan menghormati hak-hak orang Sabah.
Selepas itu penghinaan kepada kepimpinan PKR Sabah sekali lagi berlaku semasa pilihanraya kecil Batu Sapi. Kali ini, ramai orang terkejut dan tertanya-tanya kenapa Anwar, Azizah dan Azmin memilih saudara Ansari Abdullah sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut sedangkan saudara Thamrin Jaini yang merupakan Ketua PKR Sabah pada waktu itu adalah anak tempatan. Apa rasional Anwar, Azizah dan Azmin memilih seorang calon yang datang jauh dari Tuaran yang tidak ada hubungan apa sekalipun dengan kawasan itu dan yang telah mengalami kekalahan demi kekalahan dalam piliharaya yang ditandinginnya sebelum ini? Hampir kesemua penganalisa politik berpendapat tindakan Anwar, Azizah dan Azmin itu seolah-olah mempermain-mainkan maruah dan reputasi kepimpinan saudara Thamrin sebagai Ketua PKR Sabah.
Kini isu perletakan jawatan Ustaz Pajuddin Nurdin sebagai Ketua PKR Sabah dua hari lalu menjadi bukti terkini penghinaan Anwar, Azizah dan Azmin kepada kepimpinan PKR Sabah.

No comments:
Post a Comment