Sunday, February 20, 2011

Saya Tidak bangga jadi Melayu: Nik Aziz terpaksa jilat semula


Pengakuan "Saya tidak bangga jadi Melayu'terpaksa Nik Aziz jilat semula. Nik Aziz merasa sangat angkuh kerana parti Pas menguasai 28 kawasan Parlimen, merampas Kedah dan mempertahankan Kelantan semasa PRU-12 lalu.

Nik Aziz juga merasa angkuh-bahawa melalui 8 PRK awal selepas PRU-12 Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR menang.

Namun, sejak PRK Bagan Pinang di mana calon PAS kecundang dengan teruknya, PRK Galas-PAS terpaksa menyerahkan kawasan kepada BN kerana kalah teruk, demikian juga PRK Tenang, calon PAS langsung tidak bermaya-maka Nik Aziz terpaksa berfikir semula.

Kawasan-kawasan yang disebutkan adalah kawasan majoriti melayu-dimana Nik Aziz tidak bangga dengan suku bangsa itu.

Semua kita tahu bahawa di PRK Manek urai Kelantan-dimana kawasan itu merupakan majoriti melayu- Pas hampir kalah. Calon Pas hanya berjaya mempertahankan kawasan itu dengan 65 undi.

NIk Aziz tahu bahawa semua calon PAS yang bertanding pada PRK selepas PRU-12 kalah, kecuali pada awal-awalnya mereka menang-yakni di Bukit Gantang dan Hulu Terengganu, serta satu dun Di Pulau Pinang, namun selepas itu, calon PAS menjadi calon belasahan.

Nik Aziz mennyadari PRK DUN Merlimau dan Kerdau- merupakan kawasan majoriti melayu-mungkin atas dasar itu NIK AZIZ menjadi Melayu semula,, bangga menjadi Melayu, dan kini mempelagiat perjuangan UMNO, bahawa Melayu itu perlu diutamakan di negara ini, kerana Melayu adalah penduduk asal.

Pelikkan!!! kerana politik Nik Aziz berubah- namun, kerosakan imej Nik Aziz yang tidak bangga menjadi melayu- masih terpahat didahi TOK Guru Pas itu.

No comments:

Blog Archive