Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berjaya memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya blogger Amizudin Ahmat (Blogger Sharpshooter) mengeluarkan (membuang) artikel yang memfitnah beliau dari laman blognya.
Perintah injunksi tersebut dikeluarkan setelah Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd. Yusof mendengar permohonan Rais yang dikemukakan secara ex-parte (sebelah pihak) di kamar beliau hari rabu.
Selain itu, Hakim Zabariah turut membenarkan permohonan Rais selaku plaintif untuk menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi inter-parte (kedua pihak) didengar pada 22 Februari ini.
Plaintif memfailkan writ saman dan injunksi tersebut pada 31 Januari lalu melalui peguam Azad Bashir dari firma guaman, Tetuan Shafee & Co.
Dalam pernyataan tuntutan, Rais yang berusia 69 tahun menyatakan, pada 28 Disember tahun lalu, Amizudin yang dinamakan sebagai defendan sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk ‘Hei Pak Menteri... mana mau lari...’
Menurut plaintif, artikel itu yang mengandungi perkataan palsu dan fitnah, ditulis dengan niat jahat berserta gambar plaintif telah dimuatkan di http://sharpshooterblogger.blogspot.com

No comments:
Post a Comment