Saturday, February 05, 2011

PRK Sabah bergolak lagi

PKR Sabah bergolak lagi. Beberapa minggu lalu, Ahmad Tamrin Zaini diganti,ekoran Ketua PKR Sabah itu didapati tidak memberi kerjasama dengan calon PKR bagi PRK Batu Sapi-Ansari Abdullah.

Selain itu, pimpinan Tamrin tidak diterima oleh 18 ketua Cabang, atas sebab itu Presdien PKR Wan Azizah Wan Ismail, melantik Pajudin Nordin-pemimpin muda yang dianggap tidak berkem. Namun pelantikan Pajudin tidak mampu menyatukan fraksi-fraksi PKR Sabah.

Pada hari ini, menjadi tamparan hebat kepada PKR Sabah, pemimpin yang diharapkan dapat menyatukan PKR Sabah,bagi misi PKR menawan Sabah pada PRU-13 akan datang akhirnya berkicai, kerana bukan sahaja Pajudin keluar PKR, malah telah mengistiharkan masuk Umno.

Semalam melalui TV1 menyiarkan bicara mengenai buku jingga PKR.Buku jingga hanya berkisar untuk menasionalkan perkhidmatan yang telah diserahkan kepada pihak swasta, satu gerakan yang tidak biasa dilakukan di negara maju. Ianya cuma dipraktikkan di Negara komunis dimana segala-gala milik kerajaan.Buku jingga kononnya merakyatkan kekayaan negara.

Asas buku jingga ialah "Kuasa Politik" yang dikemarukkan Pakatan Rakyat. Buku jingga hanya merupakan rompakan program kerajaan seperti kata YB Kamalanathan MP Ulu Selangor, PKR cuba mengisi "kehabisan isu" dengan Buku Jingga.

Jika Buku Jingga yang baru seketika dilancarkan benar dan memantapkan PKR, kenapa pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru dilantik meninggalkan PKR? Jelas tiada apa-apa dengan janji Pakatan melalui buku jingga itu. Yang ada hanya retorik.

No comments:

Blog Archive