Tuesday, February 22, 2011

Pendapat Nik Aziz semakin meloyakan

Ketika majlis bertemu bloggers di Kuala Lumpur, Nik Aziz diajukan soalan kenapa PAS seolah2 tidak mahu melaksanakan hudud di Kelantan, Nik Aziz menjawab: :

“ Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” – Nik Aziz

Terbukti dengan jelas bahawa PAS sememangnya menggunakan agama Islam hanya sebagai alat politik untuk mengekalkan sokongan dan undi dari umat Islam yang mudah terpedaya.

Nik Aziz dengan lidah yang fasih terus berbohong kepada blogger dan orang ramai tentang alasan Pas tidak melaksanakan hudud walaupun sudah diluluskan di Kelantan.

Memang Kelantan pernah digantung oleh MAGERAN untuk menyelamatkan rakyat Kelantan dari persengketaan politik sesama umat Islam. Tindakan ini diambil untuk mententeramkan keadaan sehingga kerajaan Kelantan dapat dipulihkan dan rakyat diselamatkan dari kancah perbalahan yang tidak berfaedah dan amat merugikan.

Dalam kes hudud ini, Nik Aziz dengan sengaja, secara kebudak-budakan dan kurang bijak mengaitkan MAGERAN sebagai alasan walaupun tidak kena mengena dengan enakmen hudud mereka.

Tun Mahathir hanya mengingatkan sekiranya berlaku kacau-bilau di kalangan rakyat bersabit dengan pelaksanaan hudud, maka Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan. Ingatan Tun Mahathir hanyalah secara umum sebagai menasihati Kelantan implikasi pelaksanaan hudud itu. Tidak disebutpun akan diadakan MAGERAN atau apa-apa tindakan secara khusus.

Tetapi ustaz Nik Aziz yang memiliki lidah yang fasih mengeluarkan kata-kata untuk menyelamatkan diri dan partinya walaupun terpaksa bercakap perkara yang tidak benar.

Seluruh rakyat Malaysia sudah maklum bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi memegang tampuk kuasa pemerintahan dan Pas berkuasa penuh di Kelantan. Maka tentulah Pas boleh melaksanakan hudud yang telahpun mereka luluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

No comments:

Blog Archive