Wednesday, February 23, 2011

Mahkamah Jalan Duta: Terkini: DNA Lelaki Y ditemukan pada barangan bukti

Terkini: Aidora mengatakan bahawa DNA Lelaki Y terdapat pada berus gigi kecil putih, tuala good morning dan Air botol kecil.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998.

Nor Aidora berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA.

Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal.

Perbicaraan bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenama Good Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.

No comments:

Blog Archive