Friday, February 18, 2011

Peguambela Anwar mahu mengelirukan para saksi

Peguambela Anwar mahu mengelirukan para saksi. Saksi pihak pendakwa Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini dipusing-pusing dengan pertanyaan mengenai pengisian borang pro forma perubatan yang digunapakai oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Melalui pertanyaan yang berbelit-belit dan pemaksaaan, maka borang yang disediakan memang tertera tulisan "cubaan". Perkataan cubaan ini yang dibangkitkan oleh Karpal Singh untuk meminta peguam negara membatalkan tuduhan sodomi II. Walaupun Dr HKL itu mempertahankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah mengatakan perkataan "cubaan", namun- tulisan yang tertera pada borang Pro forma itu yang digembar gemburkan.

Pada hari ini semasa menyoal balas pakar kimia Dr Seah.. Karpal pula mempertikaikan temuan ujian DNA terhadap beberapa sampel yang telah diuji dimakmal. Karpal berhujah bahawa grafik DNA itu adalah janaan komputer, kerana itu tidak boleh diterima.

Secara pskilogis-Karpal dan anaknya Ram Singh mencuba mengelirukan saksi yang pakar dalam bidangnya itu-agar keliru. Misalnya mendakwa bahawa Dr Seah tidak tahu mengendalikan sistem yang digunapakai untuk menganalisa grafik DNA. Dengan perlekehan Karpal itu, Dr Seah menjawab sebenarnya dia bertauliah mengendalikan sistem itu, yakni perisian Applied Biosystem Genetic Analysis.

Sepatutnya pihak pendakwa perlu mengemukakan batahan awal mengenai cara peguambela Anwar itu mengemukakan soalan yang berunsur pelekehan.

Pada sisi petang ini- penumpuhan kepada DNA lelaki Y yang dijumpai pada seluar dalam Saiful. Siapakah lelaki Y itu?

No comments:

Blog Archive