Friday, February 04, 2011

Normala kata: Banjir Kilat semasa PRK Tenang punca kekalahannya

Dalam posting terbarunya melalui blog Calon Pas PRK Tenang itu, mendakwa bahawa akibat banjir kilat, menyebabkan dia kalah.

Normala mendakwa, bahawa banjir kilat itu,menyebabkan pertandingan PRK Tenang-bukan bukan di padang yang samarata, kerana hanya penyokong Pas sahaja yang terlibat dengan banjir, manakala penyokong BN terkecuali daripada banjir.

Normala juga mendakwa, bahawa para pengundi Pas tidak dapat membuang undi, kerana terlibat banjir, manakala pengundi BN, terkecuali daripada terkena banjir.

Normala juga mendakawa, bahawa BN menang, kerana Pas tidak mempunyai liputan yang adil daripada suratkhbar mahupun TV, jika kononnya liputan samarata-maka ada kemungkinan dia melakukan upset.

Normala juga mendakwa, bahawa calon BN Azhar Ibrahim, tidak diterima oleh Umno Bahagian Labis, kerana itu, pada pRU-13 akan datang, Jika Azhar dicalonkan semula, maka akan mendapat sabotej daripada Umno Bahagian Labis.

Normala juga mendakwa bahawa undi yang diperolehinya semasa PRK itu, adalah daripada generasi muda yang berpendidikan, sedangkan yang mengundi BN adalah mereka yang kurang terpelajar dan berfikiran sempit.

Normala juga mendakwa bahawa Pilihanraya dinegara ini sentiasa berlangsung dalam padang yang tidak samarata. Antaranya wujudnya elemen undi pos;SPR yang tidak bebas sepenuhnya;pembawaan peti-peti undi dari tempat mengundi ke tempat pengiraan tidak dikawalselia dengan baik apalagi dalam pilihnraya kecil Dun Tenang berlaku banjir kilat;pertukaran tempat pengundian dan lain-lain ;semuanya tidak memperlihatkan ia pilihanraya yang adil dan saksama.

Normala juga meminta PAS dan Pakatan Rakyat mendesak SPR membenarkan pemerhati antarabangsa membuat pemerhatian dalam pilihanraya ke-13 nanti bagi menentukan satu pilihanraya yang demokratik dan adil dengan meminimakan elemen-elemen yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam pilihanraya.

No comments:

Blog Archive