Pakar DNA Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.
Pakar itu juga secara kebetulan menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.
Air mani siapa kah itu?
Ujian DNA mendapati tompokan air mani pada seluar hitam Saiful adalah air maninya sendiri
Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.
“Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.
Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.
Siapa kah Y???
Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.
"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu “Lelaki Y”.
Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.
"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.
Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama. BACA DI SINI
No comments:
Post a Comment