Wednesday, February 02, 2011

Lawatan keliling Anwar; Tabur Fitnah: Muhiyiddin

Lawatan keliling Anwar ke 30 kawasan Parlimen disifatkan oleh Tan Sri Muhiyiddin untuk menabur fitnah dan pembohongan.

Anwar telah biasa dengan cerita bohong dan fitnah baik dalam negara mahupun luar negara.

Menurut Muhiyiddin-kini terdapat kecenderungan bahawa para pengasas parti keadilan keluar parti itu-atas sebab mendapati Anwar hanya berbohong dan penabur fitnah.

Pembohongan Anwar tidak diterima rakyat-contohnya pada PRK Tenang 30 Januari lalu-undi yang diterima calon Pakatan bukannya bertambah malah berkurangan.

Percayalah menurut Timbalan Perdana Menteri itu-lambat laun- Anwar akan dilupai rakyat sebagai pemimpin, namun diingati sebagai pemimpin penabur fitnah dan pembohong.

No comments:

Blog Archive