Wednesday, February 02, 2011

Dunia Arab menuju kehancuran!!!

Dunia Arab menuju kehancuran. Setelah Tunsia-kini Mesir- Berikutnya???

Ramai yang mengatakan pengolakan di dunia Arab kini umpama tahun 1989-runtuhnya Tembok Berlin.

Mubarak yang berkuasa sejak tahun 1981-setelah terbunuhnya Anwar Saadat-kini didesak untuk letak jawatan sebagai Presiden Mesir. Tempoh jawatan Mubarak sepatutnya berakhir September ini.

Mubarak telah mengumukan tidak lagi bertanding jawatan Presiden-namun meminta rakyat memberi peluang kepadanya menghabiskan tempoh jawatannya.

Pihak pembangkang berhujah-permintaan Mubarak itu tidak patut-memandangkan Presiden Mubarak telah memerintah Mesir sejak tiga dekad lalu-dengan cara kuku besi. Rakyat tidak akan memberi peluang lagi kepada Mubarak. Malah penunjuk perasaan berkata-mereka sanggup terkorban-sehinggalah Mubarak berundur.

Cara pemerintahan di dunia Arab masih berpaksi pada dunia era-kolonial-seperti Jordan,Magribi (Morocco),Libya, Yemen dan Syria.

Mesir menjadi perhatian rakyat Malaysia-kerana terdapat 11,300 pelajar kita sedang belajar di negara bergolak itu. Airasia telah mengumumkan-bahawa Airbus 320nya akan mendarat di ibu negara Mesir pada malam ini untuk membawa keluar rakyat Malaysia termasuk para pelajar kita.o

No comments:

Blog Archive