Sunday, February 13, 2011

Ikut cara rakyat Mesir untuk perangi Bn: Kata Hadi Awang

“Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.

Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.

Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.

Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.

Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.

Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.
Dipetik daripada Lidah Rasmi Pas-Harakah Daily

OOOOHHHHH hebatnnya!!!!! Malaysia tidak sama dengan Mesir. Hanya rakyat yang buta hati menerima bahawa keadaan Mesir sama dengan Malaysia.

Pas tiada idea langsung- asyik meniru gelagat rakyat asing. Tiada guna meniru tindakan rakyat asing-kerana budaya itu bukan budaya Malaysia.

Malaysia negara bebas.. hanya mereka yang suka melanggar undang-undang negara ini yang merasa bahawa negara ini tidak sesuai dengan mereka.

Kepada sesiapa rakyat negara ini yang tidak dapat menerima undang-undang dan cara hidup di sini adalah bebas meninggalkan negara ini.

jika sekiranya cara rakyat Mesir ingin dicontohi- mereka bebas berhijrah ke negara itu.

No comments:

Blog Archive