17 Disember 2010 Umno kehilangan seorang ADUN-Datuk Sulaiman Taha. Kematian ADUN itu memaksa pilihanraya kecil ke empat belas di negara ini dan pertama di Selatan Semenanjung umumnya dan khasnya di Johor.
Semalam kita menyaksikan bahawa DUN Tenang-Labis Johor dipertahankan oleh Umno/BN melalui calonnya Azhar Ibrahim (To Ai) dengan majoriti 3,707 berbanding majoriti Datuk Sulaiman Taha semasa tsunami politik tahun 2008, yakni 2,492. Kali ini Umno/Bn mendaapat undi 6,699 berbanding tahun 2008-6,357. Calon Pas pula kali ini melalui calon rupawan parti itu- Normala Sudirman hanya mendapat undi 2,992 berbanding undi yang didapat oleh Mohd Saim Siran pada PRU-12 lalu-3,875..
Pertambahan undi majoriti yang diperolehi UBN-menunjukkan bahawa sokongan rakyat telah kemabli kepada parti kerajaan itu. Sebelum hari pengundian dan hari penamaan calon-Timbalan Perdana Menteri mencanangkan agar jentera UBN bertungkus lumus untuk mendapatkan majoriti 5,000. Target itu tidak mustahil, kerana sebelum ini pun kelebihan majoriti sebesar itu telah biasa UBN perolehi, namun kali ini sasaran itu tidak tercapai, atas sebab keadaan hari pengundian yang di ganggu banjir dan hujan-sehinggakan ramai penyokong BN tidak dapat menunaikan tanggungjawab.
Semasa penamaan calon pada 22 Januari lalu-pemimpin Pakatan-Lim Kit Siang awal-awal lagi mengatakan bahawa calon Pas Normala tidak akan mampu melakukan kejutan-namun calon pilihan Nik Aiz dan kesukaan Anwar Ibrahim itu dikatakan akan mampu mengurangkan majoriti BN sekurang-kurangnya dalam lingkungan 500 undi.Pengurangan 500 undi majoriti BN-menurut Kit Siang adalah juga kemenangan Pakatan-yang mahu menjadikan PRK Tenang sebagai kayu pengukur untuk bertapak di Johor-sebagai laluan mereka ke Putrajaya pada PRU-13 akan datang.
Perlu juga dingat-bahawa PRK Tenang merupakan juga kayu pengukur kepada UBN-bahawa Johor merupakan Simpanan Tetap BN selain Sabah. Sabah telah membuktikan bahawa negeri di bawah bayu adalah simpanan tetap Bn-melalui PRK Batu Sapi-November 2010. PRK Tenang-membuktikan bahawa Johor adalah simpanan Tetap BN.
Apakah langkah Pakatan seterusnya? mereka telah kalah di Tenang- apakah Merlimau Melaka pula akan dicanangkan sebagai Kayu Pengukur-untuk ke Putrajaya?
DUN Melaka kosong apabila ADUN kawasan itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang meninggal dunia pada 20 Januari lalu selepas mengalami serangan jantung.
Dengan kematian ADUN itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.
Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Melaka, sebelum meninggal beliau sempat dimasukkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) hospital.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang periang dan sentiasa mesra dengan penduduk sekitar kawasan yang diwakilinya.
Dilahirkan pada 27 Jun 1956, Allahyarham pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pembantu luar dan jawatan terakhirnya sebagai pegawai seranta di Yayasan Melaka sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004.
Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, memenangi pilihan raya pertamanya menewaskan S. Jayathas dari PKR dengan majoriti 5,087 undi dan pada pilihan raya lepas, beliau menang dengan majoriti 2,154 mengalahkan pencabarnya, Jasme Tompang dari parti PAS.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali dan empat orang anak yang berada di sampingnya semasa beliau menghembuskan nafas terakhir.

No comments:
Post a Comment