Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang: Hanya 10,585 atau 71.75% daripada 14,753 sempat mengundi

Hanya 10,585 atau 71.75 peratus sempat mengundi di PRK Tenang-apabila semua pusat pengundian ditutup tepat jam 5 petang tadi.

Nampaknya harapan Normala Sudirman telah sirna. Jumlah undi itu juga hampir sama dengan jumlah pengundi yang membuang undi pada PRU-12 lalu-yakni 10,242. Pada PRU-12 dianggap sebagai tsunami politik bagi BN-pun demikian-pembangkang belum mampu merampas DUN Tenang.

Dengan trend pengundian yang terbukti melalui PRK Batu Sapi, Galas- ternyata para pengundi telah kembali menyokong BN.

Selama seminggu berkempen di DUN Tenang-jentera BN telah merasakan bahawa kecenderungan pengundi telah kembali kepada BN.

Walaupun-target Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin-majoriti 5,000 tidak tercapai, namun kelebihan undi BN pada PRU-12 lalu-yakni 2,492 akan teratasi kali ini.

AYT menjangkakan majoriti BN antara 3,500-4,000. Tahniah kepada juru kempen BN-terutama kepada Pengarah Pilihanraya DUN Tenang-YAB Datuk Ghani Othman-yang juga Mennteri Besar Johor.

Setelah keputusan PRK ini diketahui sekitar jam 9.00 malam ini- AYT mengucapkan tahniah kepada AZhar Ibrahim-YB Baru. Tugas yang menunggu YB baru ini adalah mengadakan pusat-pusat pemindahan banjir dan bantuan yang diperlukan oleh para pengundi Tenang.

Kepada Normala Sudirman-terimalah kekalahan ini-kerana pengundi DUN Tenang belum bersedia bersedia menerima puan.

Disebabkan pengundian telahpun usai- kepada puan Normala-bantulah Makrof-hantar lah dia ke hospital untuk mengubati penyakit kemurungannya itu. Ajaklah dia sekali berhenti daripada tugas guru-kerana tugas guru sudah tidak sesuai lagi baginya.

No comments:

Blog Archive