Rusdin bertopi Merah
Pas mempertaruhkan maruahnya pada Normala Sudirman. Bekas guru yang baru sahaja meletakkan jawatan kerana mahu bertanding melalui PRK kali ini. Normala adaalah seorang guru sekolah rendah berumur 38 tahun.Sementara itu Barisan Nasional yang akan mengumumkan calonnya esok akan mempertaruhkan kepada seorang guru-yakni Rusdin Mahmud?.
Nama Rusdin telah menjadi buah mulut dikalangan pucuk pimpinan atau akar umbi kerana selain memegang jawatan sebgai Timbalan Ketua umno Bahagian Labis- Rusdin juga adalah Guru Penolong kanan di sebuah sekolah rendah di Chaah- Tenang.
Sifat peramah turut dimiliki Cikgu Rusdin dan walaupun berasal dari Negeri Sembilan, beliau mengajar selama belasan tahun di Chaah dan cukup dikenali oleh generasi belia di kawasan Labis ini.
Siapa pun yang akan dipilih untuk mewakili UMNO dan BN pada pilihan raya kecil itu, calon berkenaan harus mampu memberi kemenangan dan menjadi wakil rakyat yang rajin bekerja, mesra dengan masyarakat, prihatin masalah sekeliling dan boleh bertindak sebagai pemudah cara kepada urusan antara kerajaan dengan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan calon BN, Rabu ini.
No comments:
Post a Comment