Dua minggu lalu Normala Sudirman melepaskan jawatan gurunya. Melalui perletakan jawatan itu telah jelas bahawa Ketua Muslihat Pas Labis itu akan dicalonkan merebut kerusi DUN Tenang daripada Barisan Nasional.
DUN Tenang merupakan kawasan tradisi BN. Kawasan tersebut telah kosong berikutan kematian penyandangnya daripada Bn Datuk Sulaiman Taha.
Sebagai negara demokarsi sesiapa sahaja mempunyai hak untuk bertanding termasuk Normala. Dengan terpilihnya Normala bertanding mewakili pembangkang-telah jelas kini- golongan guru-guru bukan lah penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional.
Semasa Datuk Hishamuddin masih Menteri Pelajaran-satu keputusan telah dibuat bahawa guru-guru yang mempunyai skel jawatan DG48 ke bawah dibenarkan berpoliitik. Andaian masa itu-kononnya golongan guru merupakan penyokong tegar BN.
Kini sedikit ada bukti, melalui pencalonan Normala menentang kerjaan-bahawa golongan guru tidak semestinya menyokong kerajaan BN.
Apa kah Pas melalui pencalonan Normala mampu menawan kerusi DUN Tenang? atau kah pencalonan itu hanya mengorbankan seorang pendidik yang telah dilatih untuk mendidik anak bangsa, namun kerana ghairah teringin menjadi wakil rakyat.
DUN Tenang sesuai dengan namanya selalu Tenang. Namun disebabkan PRK- keadaan Tenang tidak tenang lagi.
PRK Tenang menjadi kawasan adu domba antara BN dan Pakatan. BN bersandarkan nasibnya kepada 48% pengundi melayu daripada hampir 15 ribu pengundi, manakala Pas bersandar kepada 39% pengundi cina.
PRK Tenang juga dikatakan medan menentukan siapa yang popular antara dua CHUA ( Chua Jui Meng dan Chua Soi Lek). Chua Jui meng adalah Naib Presdien PKR lantikan, manakala Chua Soi Lek Presien MCA. Kawasan Labis adalah tapak politik Soi Lek, di mana DUN Tenang adalah salah satu kawasan Parlimen Labis. MP Labis adalah anak kepada Soi Lek.
Pada PRU-12 lalu-peratusan undi yang diperoleh BN adalah 51 peratus manakala Pas hanya 42 peratus.
PRK Tenang juga akan menyaksikan apakah peneroka Felda masih merupakan pengundi tetap BN; demikian juga melalui PRK ini, akan teruji imppak perlantikan ADUN Bagan Pinang Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru.
Di PRK ini juga akan terlihat bagaimana kemampuan NGO Felda yakni ANAK (mewakili Pembangkang) dan BAPAK mewakili BN berperanan.
Penamaan calon bagi PRK DUN Tenang adalah pada 22 Januari ini dan pengundian akan berlangsung pada 30 Januari. BN akan mengumumkan calonnya pada 19 Januari dan akan diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno-Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

No comments:
Post a Comment