Monday, January 17, 2011

Normala sudirman: Seorang guru dan kaki tangan kerajaan BN tapi pembangkang

Normala dilantik sebagai Ketua muslimat Pas Labis pada tahun 2000. Disebabkan pangkatnya dibawah DG48, maka dia dibenarkan berpolitik.

Sayang- Normala berkhidmat dalam kerajaan Barisan nasional-namun sebagai pembangkang.

Jika tuduhan pihak pembangkang bahawa pertukaran suami Normala daripada SK Tenang ke Pasir Gudang yang berkuatkuasa 1 januari lalu bermotifkan politik, sudah tentu, sejak tahun 2000, suami calon Pas PRK Tenang itu telah lama ditukar.

Pertukaran suami Normala semata-mata keperluan perkhidmatan, kerana menurut Pengarah Pendidikan Johor-Pasir Gudang sedang mengalami kekurangan guru yang sangat akut.

Pertukaran suami Normala terpaksa diatngguhkan kerana khuatir pertukaran tersebut dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Begini lah jadinya, kalau harapkan pagar-pagar makan padi.

Kerajaan yang memeritah perlu menjadikan kes Normala ini sebagai iktibar. Ramai lagi anak-anak mesra kerajaan yang masih belum mendapat kerja- kerana tempat yang terhad itu terpaksa menampung kakitangan seperti Normala Sudirman ini.

No comments:

Blog Archive