Wednesday, January 19, 2011

Ikut Fatwa Nik Aziz: Normala tidak boleh jadi calon

Dulu, PAS tidak membenarkan orang perempuan jadi pemimpin. Dengan kata lain tak boleh jadi calon. Dibacanya hadis “Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita”

Bukan setakat itu saja, malah wanita tidak dibenarkan kerja malam. Itu dulu…tapi sekarang, boleh pula? Sekarang dah ada wakil rakyat perempuan tetapi hanya luar Kelantan, dalam Kelantan Fatwa Nik Aziz itu tetap dipertahankan. Ini lah nama fatwa double standard.

Alasan kononnya untuk kesesuaian dengan keadaan masa sekarang, untuk menjaga kaum wanita…Kalau lah demikian sama lah dengan alasan yang diberikan oleh UMNO dulu…Tapi waktu itu kenapa PAS menentang dan tak boleh terima?

Kalau ikut biodata Cikgu Mala dibawah ni, si kacang lupakan kulit ni bekas guru yang mendapat pendidikan di Maktab. Punya ramai kaum wanita yang pohon jadi cikgu dan tercicir, dah dapat melawan kerajaan pulak!

Hidup dengan Izin Allah melalui Felcra yang ternyata dari usaha Kerajaan BN membantu rakyat melayu, dah senang melawan kerajaan balik! Dasar lupa daratan!

Ikutilah biodata Cikgu Mala penderhaka lupa diri,calon PAS PRK DUN Tenang seperti berikut:

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di sebuah rumah bertingkat dekat Labis.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

No comments:

Blog Archive