Sunday, January 09, 2011

Hanya calon cemerlang wakili BN pada PRU-13 akan datang

Wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) yang gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Hanya wakil rakyat yang diterima oleh rakyat akan dipertimbangkan untuk dicalonkan semula, demikian menurut sumber yang rapat dengan Perdana Menteri-Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semua wakil rakyat perlu bekerja kerana rakyat akan menilai kerja semua wakil rakyat, atas sebab itu hanya calon yang diterima rakyat sahaja akan diutamakan,”.

Oleh yang demikian adalah diharapkan wakil rakyat BN dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat dan menunaikan segala janji yang dibuat supaya diberi peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

No comments:

Blog Archive