Malam 16 Januari lalu semasa mengumumkan calon Pas bagi Dun N5 Tenang-Labis, Persiden Pas Hadi Awang berkata-Normala letak jawatan daripada guru sekolah rendah bukannya nak jadi calon, sebaliknya ingin berkhidmat kepada parti dan masyarkat. Kenyataan itu sungguh melucukan, kerana jika demikianlah duduk pangkalnya, sudah tentu telah lama Normala letak jawatan.
Satu kenyataan melucukan lagi-daripada Persiden PAS itu, kononnya Normala tidak minta dicalonkan, sebaliknya parti lah yang mahu dia dicalonkan, atas sebab hanya Normala saja yang mampu bersaing dengan BN.
Dengan kenyataan Hadi Awaang itu-telah jelas-bahawa PAS sebenarnya tidak bersedia bertanding di PRK ini dan seterusnya akar umbi PAS di kawasan Tenang berserta para pemimpin PAS di situ tidak mempunyai apa-apa perancangan di kawasan itu.
Pencalonan Normala hanya satu gimik, dan kononnya pembaharuan Pas, yang ingin dibuktikan kepada DAP-PAS tidak mendiskriminasikan wanita.
Pencalonan Normala untuk menutup dakwaan DAP dalam diam, bahawa PAS mendiskriminasikan wanita- seolah-olah terjawab dalam PRK Tenang ini- bahawa sangkaan DAP itu hanya persepsi.
Selain itu lanjut Hadi-negeri Johor memerlukan ramai wanita untuk mewakili kaum itu baik di dewan rakyat maupun dewan undangan negeri. Hadi lupa-bahawa kaum wanita telah diwakili oleh wanita melalui BN antaranya Datuk Halimah Sadek, Datuk Azalina Othman Said. BN telah lama memberi peluang kepada kaum wanita. Sebaliknya PAS hanya pada PRU-12 lalu mengemukakan calon-calon wanita-kerana atas desakan DAP. Lihat lah di Kelantan! Siapa kah calon wanita yang dikemukakan oleh NIK Aziz?
Harapan tinggi PAS kepada Normala hanya tinggal harapan, Penduduk Tenang memilih wakil mereka bukan berasaskan kepada gender-sebaliknya pilihan mereka adalah siapa yang dapat berkhidmat dengan mereka. Tahu permasalahan mereka, mampu mengatasi permasalahan dan mampu membawa pembangunan. Calon BN bekas Penolong Pegawai Daerah adalah orangnya. Azhar mampu menggalas sebagai DUN Tenang kerana pengalamannya, hubungannya dengan pegawai-pegawai kerajaan, serta kemesraan dengan penduduk setempat semasa berkhidmat dulu. Sebaliknya- Noramala hanya sebagai guru sekolah rendah yang hanya tahu di sekeliling sekolahnya.

No comments:
Post a Comment