Speaker bertindak tepat apabila meneruskan usul penggantungan wakil-wakil rakyat pembangkang- Azmin Ali-Gombak, Sivarasa-Subang dan Karpal Sing-Bukit Gelugur. yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz.
Speaker berbuat demikian kerana menurutnya pihak Pembangkang tiada niat langsung untuk membahas isu itu, selain hanya mempersoalkan keputusan speaker yang berasaskan peraturan parlimen.
Selain 3 wakil rakyat itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga digantung ekoran tuduhannya mengenai konsep 1Malaysia kononnya dikaitkan dengan slogan 1Iseral. Anwar telahpun beberapa kali diberi peluang di dewan rakyat untuk membuktikan dakwaan itu, namun hingga pada hari Anwar tidak mampu mengeluarkan apa-apa bukti, dimana 1Malaysia diciplak dari konsep 1Isreal.
Tiada perbahasan diadakan berhubung usul menggantung Anwar selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin mendakwa pembangkang bertindak tidak sopan menunjukkan mereka tiada berhasrat untuk membahaskan usul tersebut.
“Saya tidak melihat adanya hasrat di pihak pembangkang untuk membahaskan perkara ini Jadi kita akan meneruskan dan akan mengundi perkara ini tanpa dibahaskan”, kata Pandikar walaupun ada kedengaran rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional.
Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari awal lagi telah berusaha untuk melengah-lengahkan penggantungan Anwar dengan cuba mencela dan mempertikaikan Pandikar dari semasa ke semasa .
Mereka juga kelihatan membawa pelekat-pelekat yang membawa mesej “mahkamah kanggaru” ke dalam Dewan Rakyat.
Kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas usul menggantung Anwar diluluskan.
Selepas itu Dewan diteruskan dengan membahaskan usul hukuman menggantung enam bulan ke atas Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah yang ketika itu tidak ada anggota Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat.
Dewan turut meluluskan penggantungan enam bulan terhadap Azmin, Karpal dan Sivarasa.
Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Kedua Belas ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari tadi dan akan bersidang semula pada Mac tahun 2011.
Keempat-empat Ahli Yang Berhormat yang digantung juga tidak akan berada dalam Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat tahun hadapan.

No comments:
Post a Comment