Tuduhan pembangkang yang BN akan mendapat majoriti 2/3 di parlimen dengan penggantungan 4 MP Pakatan adalah tidak berasas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew.
VK Liew adalah wakil rakyat Sandakan yang mewakili parti llibral demokrat (LDP) komponen BN-Sabah.
Menurut Liew, perkiraan pembangkang itu bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
Ulasan Timbalan Menteri itu ekoran dakwaan Anwar Ibrahim yang digantung 6 bulan daripada persidangan Dewan Rakyat, yang kononnya pengantungan itu untuk memberi laluan kepada kerajaan meminda perlembagaan.
BN tidak ada kuasa 2/3 majoriti, kerana parlimen mempunyai 222 anggota, BN ada 137 anggota, untuk mendapatkan 2/3 BN mesti ada 148 anggota. Tidak lojik sama sekali, dakwaan pembangkang itu, BN ada kuasa 2/3 kerana penggantungan 4 wakil rakyat Pakatan. BN, kata Liew perlu 11 wakil rakyat, untuk mendapatkan kuasa 2/3, semua orang tahu bahawa wakil rakyat bebas hanya ada 7, jika pun semua wakil rakyat bebas menyokong kerajaan, BN masih kekurangan 4 kerusi. Ini lah sebabnya dakwaan Anwar dan wakil rakyat pembangkang itu tiada asas dan hanya berdolak dalik.
Menurut Liew lagi, jikapun seluruh wakil rakyat pembangkang digantung, tetap sahaja BN tiada kuasa 2/3, kuasa 2/3 akan menjadi kenyataan, jika ada wakil rakyat Pakatan, masuk BN sekurangnya-kurangnya 4 wakil rakyat, dengan catitan, semua wakil rakyat bebas akan mesra BN. Pada masa itu lah BN akan dapat kuasa 2/3, sambung VK Liew.
Kekecohan yang dilakukan oleh wakil rakyat Pakatan di sesi akhir dewan rakyat Khamis lalu, memperlihatkan bagaimana mereka cuba mengelirukan rakyat untuk mencapai agenda tersembunyi mereka. Pembangkang telah lupa, bahawa mereka juga menggunakan kuasa majoriti yang ada pada mereka di Selangor dan Pulau Pinang. Di kedua-dua negeri yang di kuasai Pakatan itu, telah menggantung Ketua Pembangkang daripada BN, tanpa membayar elaunpun, sambung Liew.
Amalan pembangkang, adalah amalan DOUBLE Standard, seperti mana burung unta menyembunyikan kepalanya yang kecil itu dalam pasir, dan menyangka dia telah selamat, kerana tidak lagi melihat musuhnya.

No comments:
Post a Comment