Saturday, December 18, 2010

Blue Boy Anwar @Azmin Ali kokoknya hanya Anwarrrrrrrrr

Gambar:Ihsan daripada blogger SENJALIZA
KOKOK Anwar yang berderai-derai mengenai G16September, selepas sahaja PRU-12, kini diulangi lagi, kononnya penggantungannya daripada Dewan Rakyat adalah untuk membuka peluang ke BN memindah PERLEMBAGAAN. Satu penipuan lagi, yang keluar daripada MULUT Anwar untuk menipu dan mengelirukan rakyat.

Malangnya KOKOK Anwar itu disambut oleh BLUE BOYnya yang kini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, yang kononnya dakwaan Anwar itu benar belaka.

Dakwaan Anwar itu mendapat bidasan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew, yang mengatakan bahawa dakwaan Anwar dan the gang itu tidak berasas (sila layari tulisan AYT sebelum tulisan ini).

Sebenarnya kekecohan di dewan rakyat pada 15 dan 16 Disember lalu adalah sesuatu yang dirancang Anwar sendiri. Tujuan Anwar adalah untuk membuat isu baru, agar isu utama yang melanda dirinya terpesong daripada perhatian rakyat.

Anwar merancang kekecohan di parlimen dengan mengkambing hitamkan speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia seolah-olah berpihak kepada BN dalam membuat keputusan.

Anwar memang pakar mengalihkan isu, memutarbelitkan isu, sehingga kesalahan Anwar sendiri akan nampak bahawa orang yang lain yang bersalah.

Anwar digantung daripada Parlimen ekoran tuduhannya terhadap 1Malaysia yang kononnya diciplak daripada OneIsreal. Tuduhan Anwar ini, Anwar tidak dapat buktikan sejak dia diberi peluang pada April 2010 yang lalu. Disebabkan Anwar, gagal membuktikan tuduhannya itu, maka BN mengusulkan dia digantung, kerana menggunakan dewan yang mulia itu untuk menabur fitnah dan dolak dalik.

Sesiapa yang mengikuti persidangan parlimen, pasti tahu dan akan faham, bahawa perbuatan Anwar yang disokong dengan membabi buta oleh Azmin dan Karpal Singh semasa persidangan parlimen itu, sebenarnya untuk tujuan mengkambingkan hitamkan Tan Sri Pandikar.

No comments:

Blog Archive