Tuesday, December 21, 2010

Pendedahan Wikileaks bukti sodomy Anwar bukan Konspirasi

Pendedahan WikiLeaks tentang keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat baru-baru ini bakal menyedarkan pemimpin pembangkang lain terutama daripada PAS bahawa kes liwat Anwar itu bukan lah konspirasi namun itu lah hakikat sebenarnya. Pendedahan itu akan membuka mata para pemimpin Pas dan yang akhirnya akan mengkaji semula hubungan kerjasama antara parti pembangkang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hubungan parti pembangkang yang diibarat seperti 'retak menanti belah' itu kini menunggu masa sahaja melihat lebih ramai pemimpin mereka keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pemimpin terutama dalam PKR.

"Pengikut PAS kini sudah mula hilang keyakinan terhadap pemimpin PKR itu dan saya rasa jika PAS terus bersama PKR, lebih ramai pemimpin sama ada dalam PAS atau PKR akan berundur kerana telah sedar perkara sebenar.

"Lihat sahaja dalam PKR sudah ramai pemimpin mereka terutama kalangan Anggota Parlimen telah keluar parti dan keadaan ini akan menyaksikan lebih ramai lagi yang akan keluar parti," katanya.

Mustapa berkata PKR dan PAS juga perlu sedar tentang peranan DAP dan PAP di Singapura yang mempunyai hubungan baik sehingga perkara itu didedahkan oleh WikiLeaks.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin mahu DAP membuat penjelasan mengenai maklumat yang diterima Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew berhubung keterlibatan Anwar dalam aktiviti liwat seperti didedahkan WikiLeaks baru-baru ini.

Hamidzun dilaporkan berkata DAP diketahui umum sebagai rakan politik rapat kepada kerajaan PAP Singapura, yang antaranya diasaskan oleh Lee pada 1954.

No comments:

Blog Archive