Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat untuk membahagikan semua tanah rancangan Felda kepada anak peneroka untuk memudahkannya untuk dijual.
Telah banyak kejadian, bahawa tanah-tanah rancangan kerajaan yang telah dipindah milikkan kepada individu telah bertukar tangan. Rancangan Pakatan jika berjaya merampas Putrajaya adalah akan membagi-bagikan semua tanah Felda kepada generasi kedua dan ketiga sepertimana keputusan Konvensyen Pakatan ke-2 di Kepala Batas-Pulau Pinang Ahad lalu, adalah untuk memudahkan tanah-tanah tersebut mudah dijual dan berpindah tangan.
Yakin lah rancangan Pakatan ini adalah agenda tersembuyi agar supaya kawasan Felda yang kini masih dihuni oleh kaum melayu, suatu masa nanti kaum majoriti itu akan terpenggir dan menjadi minoriti. Ini lah rancangan jangka panjang Pakatan, yang perlu dibendung, kerana lama kelamaan, kaum melayu akan merimpat di tanah airnya sendiri, seperti mana yang belaku di kawasan-kawasan tertentu di Pulau Pinang.
Menurut Datuk Ahmad Maslan,Jika dikira, pembahagian tanah Felda sebanyak 330,000 hektar kepada lebih kurang 1.6 juta anak peneroka, setiap seorang hanya mendapat seekar sahaja. Apa sangat yang boleh dilakukan dengan tanah seekar?
"Adalah lebih bijak jika segala hasil terbit dari tanah seluas 330,000 hektar itu kita pulangkan kepada peneroka dan generasinya dalam bentuk yang lebih menguntungkan seperti program kemahiran, pembangunan prasarana dan sebagainya," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis Felda bersama Media di Dewan Perdana Felda di ibunegara hari ini.
Komen Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia ekoran satu daripada resolusi pembangkang yang menjanjikan pembahagian tanah Felda kepada generasi anak dan cucu peneroka pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang Ahad lalu.
Ahmad juga berkata adalah lebih pintar jika Felda dibangunkan dalam bentuk konglomerat yang kukuh kerana hasilnya dapat dinikmati golongan peneroka dalam bentuk lebih berfaedah berbanding pembahagian tanah seperti dicadangkan pembangkang.
Mengulas mengenai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, beliau berkata tiga penempatan Felda di kawasan itu akan diberi perhatian bagi memastikan pengundi tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang.
"Kita sedia maklum pembangkang akan cuba memanipulasikan isu-isu berkaitan Felda untuk mengelirukan pengundi di kawasan Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat and Felda Tenang.
"Saya akan turun padang ke kawasan-kawasan tersebut untuk meninjau dan merangka strategi untuk mempertahankan kubu di Felda ini, kerana tiga kawasan Felda ini mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar," katanya.
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian Anggota DUN Tenang Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur Jumaat lepas.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum ke-12 apabila menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

No comments:
Post a Comment