Saturday, December 25, 2010

Pendedah kes Zina YB PAS diserang

Bekas anggota bahagian keselamatan Pas Pasir Puteh, Saidi Husin yang membuat pendedahan mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang ditangkap khalwat mendakwa dia diserang oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Sungai Gali, Pasir Puteh dekat sini malam tadi.

Saidi mendakwa, dalam kejadian itu dia tidak mengalami kecederaan namun bajunya terkoyak akibat tetakan yang dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 11.30 malam.

Beliau yang kini Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) tanpa mukim bagaimanapun tidak menolak kemungkinan serangan itu berpunca daripada pendedahan mengenai skandal khalwat tersebut dalam beberapa siri ceramahnya di sekitar kawasan Pasir Puteh baru-baru ini.

“Ketika itu saya baru pulang ke rumah dan semasa mahu menaiki tangga, saya diserang dari arah belakang. Saya terus menjerit dan ketika itu isteri saya membuka pintu rumah dan melihat tiga lelaki telah melarikan diri.

“Saya bernasib baik kerana tidak terkena tetakan itu, hanya bahagian belakang dan lengan baju terkoyak, baju itu telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan, bagaimanapun saya tidak mengetahui motif sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa buah laman blog termasuk Papa Gomo mendedahkan mengenai seorang ADUN Pas dari kawasan Selising telah ditangkap khalwat dalam koc VIP kereta api beberapa tahun lalu.

Saidi yang keluar daripada Pas pada Oktober lalu berkata, sebelum itu, keretanya telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza secara tiba-tiba dalam perjalanan ke rumah rakannya di Jalan Dalam Rhu, Selasa lalu.

Beliau berkata, keputusan untuk meninggalkan Pas dibuat kerana kecewa dengan parti tersebut yang tidak melaksanakan apa yang dikatakannya.

“Terlalu banyak contoh untuk dikemukakan, dulu kata hiburan tidak dibenarkan di Kelantan tetapi sekarang pelbagai konsert diadakan di negeri ini malah kita boleh lihat dengan jelas berhala dapat dibina sewenang-wenangnya di negeri ini,” katanya.

No comments:

Blog Archive