Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)Datuk Ibrahim Ali menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Datuk Ibrahim Ali berkata, disebabkan keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah mentadbir negeri ini selama 20 tahun, maka adalah perlu MB Kelantan itu meletakkan jawatan dengan segera.
Ibrahim berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.
"Nik Aziz sendiri mengaku tidak sihat dan hanya mentadbir melalui fikiran dengan memberikan arahan, bagi saya kalau sudah tidak upaya tidak payahlah mentadbir serahkan kepada orang lain kerana kalau ada fikiran tetapi tidak cergas ia tidak akan berfungsi dengan baik, lihat saja apa pembangunan yang dibawa di negeri ini.
"Sebagai contoh, Sultan Ismail Petra telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Ke-V kerana keadaan fizikal baginda yang terjejas akibat angin ahmar dan saya serta Nik Aziz menyokong, jadi perkara yang sama juga berlaku. Kalau dia (Nik Aziz) tidak sihat lebih baik serahkan kepada orang lain," sambung presiden Perkasa itu.
Sebelum ini, akhbar melaporkan biarpun keadaan kesihatan dan pergerakannya terbatas, Nik Abdul Aziz tetap bertegas untuk tidak melepas jawatan itu.
Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata mentadbir sebuah negeri bukanlah menggunakan tubuh badan tetapi fikiran, justeru tugasnya adalah memberi idea kepada orang bawahannya mengenai perkara-perkara yang perlu dibuat.
Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.
Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.
"Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya.
Tambah beliau, terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk menutup kegagalan itu.
"Contohnya, guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri Kelantan terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.
"Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan, syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya

No comments:
Post a Comment