Friday, December 10, 2010

Kontrak 2 bilion kroni yang dapat: Benar kah pendedahan Anwar itu?

Jika benar pendedahan Anwar itu, maka perkara ini akan menimbulkan perasaan cemburu pada sesiapapun. Bukan sahaja pada kaum melayu tetapi semua rakyat negara ini.

Apa istimewa sangat dua individu yang kononnya mendapat kontrak 2 bilion di Kementerian pertahanan?

Jika benar perkara ini berlaku, adalah wajar sesiapapun mempertikainya. AYT berprinsip, bahawa setiap warga negara; negara ini mempunyai hak yang sama, tidak mengira siapa pun.

Di lain pihak, warga seperti AYT mempertahankan kepimpinan dan parti kerajaan yang telah memerintah lebih 50 tahun lalu, namun dilain pihak, AYT juga merasa terkilan, jika dua individu mendapat kontrak 2 bilion.

AYT ingin bertanya, sumbangan apa yang 2 individu itu berikan?

Setakat ini, AYT hanya baru mendengar 2 syarikat yang disebutkan, ini pun setelah didedahkan oleh pembangkang.

Kenapa kah begitu tertutupnya pihak yang memberi kontrak itu?

Anwar Ibrahim dengan mudah mengenal pasti individu yang mendapat habuan kotrak itu, yang mana menurut Anwar adalah ahli Umno daripada Umno Bukit Gantang, Perak.

Benar kah syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd mendapat perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dan dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya.

No comments:

Blog Archive