Tidak dinafikan tulisan blogger 'The Flying Kick' ada kebenarannya [Baca sini]. Pemimpin-pemimpin UMNO/BN tidak memberi perhatian kepada blogger-blogger pro BN/UMNO. Ini bermakna bloggers pro UMNO/BN menulis secara sukarela tanpa sebarang sokongan moral, idea mahupun bantuan material. Oleh kerana kita masih sayangkan UMNO/BN kita terpaksa menulis dan menghabiskan tidak kurang 2 - 3 jam sehari untuk mencari bahan/maklumat dan menulis.
Sumbangan yang lebih besar jika kita bandingkan dengan peranan seorang Ahli Jawankuasa UMNO Bahagian yang hadir mesyuarat sekali dalam masa dua bulan atau dua kali dalam masa tempoh setahun.
Bloggers pro-UMNO/BN sentiasa menulis dan sentiasa memastikan blognya mengikuti perkembangan politik semasa pada setiap hari dan ketika.
Tidur lewat malam sudah menjadi perkara biasa bagi blogger yang aktif menulis dan kadang-kadang mengambil peluang masa rehat di hari-hari bekerja.
Tapi apakah pemimpin-pemimpin UMNO/BN sedar tentang perkara ini. Atau mungkin pemimpin-pemimpin UMNO/BN masih tidak percaya dan yakin dengan peranan media baru ini?
Kemenangan parti-parti pembangkang dalam PRU12 yang lalu banyak dibantu oleh peranan blogger-blogger pro pembangkang yang menguasai dunia media baru ketika itu.
Pemimpin UMNO/BN masih mengharapkan akhbar perdana dan media elektronik seperti TV untuk menyampaikan mesej kerajaan BN dalam setiap kempen pilihanraya mereka.
Apakah sikap dingin pemimpin UMNO/BN seperti ini akan berterusan hingga ke PRU13 akan datang?
Kita lihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mulai mengumpul semula bloggers pro-Pakatan Rakyat [baca sini] dan akan mulai membuat serangan secara agresif dan pantas ke atas bloggers pro-BN/UMNO.
Jika bloggers pro-BN/UMNO tak ada kekuatan mental dan juga fizikal, apatah lagi tidak mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, kemungkinan bloggers pro-BN/UMNO akan 'tutup kedai'.
Kita bersabarlah kerana kita masih sayangkan perjuangan UMNO/BN. Jangan sampai suatu masa bloggers pro-UMNO/BN bertindak menongkah arus. Jika berlaku begini, pasti calon UMNO/BN dalam PRU13 akan datang menghadapi masalah untuk menang!
Keluhan daripada rakan bloger suara 1Umno

No comments:
Post a Comment