KEKEJAMAN REJIM ISREAL
CUBA bayangkan sejak tahun 1947 Isreal telah mengganas dan membunuh orang islam di Palestin dan hingga kini tiada pun rasa balas kesihan negara zionis itu kepada umat islam palestin, namun secara tiba-tiba wakil rakyat PKR mahukan OIC di mana Malaysia juga merupakan anggotanya memberi bantuan kepada Isreal hanya gara-gara kematian 140 orang yahudi akibat kebakaran.Kebakaran adalah satu kemalangan, bukan disengajakan, namun pembunuhan beramai-ramai rakyat palestin suatu masa lalu di shatila, merupakan perbuatan yang disengajakan demi menghapus rakyat palestin. Pada masa itu, tiada negara sekutu Isreal mengutuk atau bersimpati dengan kejadian itu, namun peliknya bagi wakil rakyat PKR Balik pulau Yusmadi Yusof boleh mencadangkan kepada OIC untuk memberikan bantuan kepada negara zionis itu.
Benar lah kata orang, PKR memang ada hubungan sulit dengan rejim isreal atas sebab itu wakil rakyat mereka boleh mencetuskan cadangan demikian.
Tulisan Suara Keadilan seperti mana dipetik dibawah: menyatakan cadangan wakil rakyat PKR Balik Pulau-Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR 7 Dis - Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menyarankan agar negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mana Malaysia adalah anggota tetapnya menghulurkan bantuan kecemasan dan peralatan atas dasar kemanunsiaan kepada Israel yang kini berdepan dengan bencana kebakaran yang telah meragut lebih 140 nyawa rakyat negara itu.
Yusmadi berkata walaupun konflik Palestin-Israel yang berpanjangan sejak 1947 dan telah mengorbankan beribu-ribu rakyat kedua belah pihak dalam peperangan dan persengketaan, kejadian kebakaran hutan di wilayah tengah Israel sejak hampir seminggu lalu memberi peluang bagi kedua-dua seteru lama untuk saling bantu membantu serta mewujudkan keadaan yang memungkinan keamanan abadi di negara Palestin yang kini di jajah oleh Israel.
"Kebakaran yang dahsyat ini bukan sahaja telah mengabungkan kerjasama antarabangsa dari negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, Greek dan Turki tetapi juga anggota bomba daripada kalangan rakyat Palestin.
Seluruh dunia tahu kekejaman rejim Zionis Israel ini terhadap masyarakat Islam Palestin dan baru-baru ini juga misi bantuan ke GAZA oleh kapal bantuan Marvi Marmara pun diserang sehingga terbunuh beberapa sukarelawan dari Turki . Mujurlah semua sukarelawan Malaysia dan wartawan kita selamat . Ini ada pulak budak cerdik bagi idea nak mengajak OIC dan negara Malaysia tolong rejim itu .
Puluhan ribu rakyat Palestin mati dibunuh rejim Zionis Israel tetapi negara itu baru kena bala Allah yang meragut 140 orang nyawa , sudah ada budak cerdik tetapi bodoh dalam PKR sarankan suruh OIC dan Malaysia hantarmisi bantuan ke negara rejim Zionis itu .
Adakah Israel pernah hantar misi bantuan kemanusiaan ke Palestin dan negara OIC?Itu yang Yusmadi kena jawab dulu sebelum bagi cadangan bodoh ini .
Tentera Israel kejam dan zalim ! Membunuh orang tidak kira warga emas wanita mahupun kanak-kanak . Ini kah negara yang Yusmadi hendak tolong?
Kalau Israel boleh bazir duit harga 100 ton bom dan peluru berpandu untuk bunuh rakyat Palestin buta saja , tak kan mereka tiada dana untuk bencana kebakaran ini . Sekutu Amerika Syarikat kan ada dan tidak perlu rasanya OIC dan Malaysia hantar misi bantuan .
Dulu Yusmadi punya bos , Anwar Ibrahim bising kononnya APCO Worldwide; 1 Malaysia ini ada kaitan dengan Israel sehingga ancam keselamatan la . Kini mereka cakap lain pulak dan minta OIC dan Malaysia tolong Israel . Ini cakap orang lidah biawak
No comments:
Post a Comment