Monday, December 20, 2010

Dr Asri akan bersama Pakatan?

Tak kenal maka tak cinta. Mungkin ini yang dilakukan oleh mantan Mufti Perlis Dr Asri pada Ahad semasa menghadiri konvensyen ke-2 Pakatan di Kepala Batas-Pulau Pinang.

Untuk pertama kalinya mantan mufti itu menghadiri konvensyen Pakatan, walaupun beliau juga hadir semasa muktamar PAS di Kota Bahru Jun lalu. Namun, pada masa itu, mantan mufti itu menyangkal akan menyertai mana-mana politik.

Kali ini,nada suara Dr Asri agak berbeza, kerana beliau berharap Kelantan agar tetap dikuasai Pas terutama di bawa kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Melalui nada itu, ada kemungkinan Dr Asri akan menyertai Pakatan melalui parti PAS.Namun, belum masanya kata beliau untuk mengumumkan, parti mana yang disokongnya.

Dr Asri membayangkan akan menentukkan parti mana yang disokongnya apabila tarikh PRU-13 diumumkan kelak.

Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno atas sebab itu ada yang membuat persepsi bahawa mantan mufti itu akan memasuki Umno.

Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat semalam, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. “Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak,” katanya.

Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil.

Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

“Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya.

“Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat.

“Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan,” kata beliau lagi.

No comments:

Blog Archive