Thursday, December 23, 2010

Apa yang PAS mahu di Tenang?

APA yang PAS mahu di Tenang? Jika hanya mahu mengurangkan majoriti BN, tidak payah lah bersusah paya bertanding di situ.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Suliamn Taha minggu lalu. Kerusi Tenang adalah kerusi BN sejak dahulu kala. Walaupun, calon Pas mampu mengurangkan majoriti BN pada tahun 2008, namun itu bukan petanda PAS diterima di situ. Calon PAS ketika itu mendapat undi bonus akibat marahnya rakyat Johor terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi kerana, mengatas namakan rakyat Johor dalam pembatalan JAMBATAN BENGKOK yang diilhamkan oleh Tun Mahathir, sementara pembinaan Jambatan itu dilaksana oleh GERBANG PERDANA. Akibat pembatalan Jambatan itu, negara terpaksa rugi hampir setengah bilion ringgit, kerana terpaksa membayar pampasan kepada syarikat pelaksana.

Sementara itu, selepas sahaja Konvesyen Pakatan ke-2 di Pulau Pinang melabuhkan tirainya, Pemimpin Umum Pakatan telah mengumumkan bahawa Pas akan mewakili tiga gabungan parti itu di PRK Tenang-Johor, kerana semenangnya kawasan itu adalah kuota PAS.

Menurut Anwar lagi, melalui PRK Tenang, akan dapat tolok ukur, apakah janji 100 hari selepas PRU-13 apabila Pakatan menang, maka 3 parti itu akan melaksanakan 10 perkara utama, termasuk pemansuhan ISA, mengistiharkan seluruh lebuhraya bertol akan jadi bebas TOL dan membagi-bagikan 330,300 hektar tanah Felda kepada individu generasi kedua dan ketiga Felda.

Lawan Pas nanti tentulah Barisan Nasional. Tidak terfikir kalau parti baru bernama Kita untuk bertanding sama. Parti itu kata orang belum tumbuh bulu sayap lagi. Lagipun di Tenang tidak perlu ada Kita untuk menjamin demokrasi berjalan di negara ini. Tenang sudah tenang sejak dari dulu lagi.

Atas kertas Tenang menjadi milik UBN mutlak. Baik dari segi tawarikhnya maupun kelaziman yang berlaku ia berpihak kepada UBN. Umum tahu Johor adalah kubu kuat Umno di Semenanjung. Kubu itulah yang kini sedang dipertahan dan diharapkan oleh UBN untuk memastikan mereka terus menguasai Malaysia selepas pilihan raya ke 13 kelak. Kedudukan itu akan memberi kemenangan mudah kepada UBN.

Walaupun kelaziman setiap PRK akan berpihak kepada parti memerintah, namun pada 8 PRK kecil diadakan selepas PRU-12 lalu, lapan kawasan telah dimenangi Pakatan. Dari 13 PRK, hanya lima dimenang UBN yakni yang terakhir melalui PRK Batu Sapi-Sandakan(Sabah) dan PRK Galas-Gua Musang (Kelantan.

Ramai para pemimpin UBN menganggap bahawa setiap PRK, jangan diambil mudah, malah Ahmad Maslan-Ketua Penerangan Umno Malaysia pernah mengatakan bahawa semua undi penting, tanpa mengira suku, jantina mahupun umur.

Melihat PRK-PRK lalu diatas kertas kita nampak pada awalnya kekuatan antara UBN dan Pakatan adalah seimbang, namun akhirnya parti mana yang dimenangkan oleh rakyat, adalah parti yang mempunyai keikhlasan membela rakyat.

Ada yang mengatakan bahawa UBN diatas kertas akan selalu menang, kerana mempunyai jentera yang lengkap dan cukup, namun tidak selama belaku demikian. PRK Sibu Sarawak-misalnya UBN kecudang kepada DAP, walupun secara tradisi kawasan Sibu adalah milik UBN.

Namun, DUN Tenang secara tradisinya milik UBN, belum pernah parti PAS atau pembangkang menang di situ, walaupun UBN menghadapi pertarungan sengit pada PRU-12 lalu, UBN tetap menang. Justeru apa yang hendak AYT perkirakan di sini ialah apakah signifiken pilihan raya itu kepada Pas nanti? Apakah Pas ingin menambahkan kedudukan kerusinya di Dun Johor dengan merampas kubu kuat UBN?

AYT melihat, kehadiran PAS melalui PRK Tenang hanya melihat bagaimana parti itu mengurangkan majoroti BN, itu sahaja, seperti mana strategi Fauziah Salleh di PRK Batu Sapi-Sandakan, namun sebaliknya yang belaku, calon UBN malah melipatdua kan majoritinya.

Agaknya apakah strategi Pas? Ini yang patut diperhatikan. Calon pastilah salah satu strategi di mana-mana pilihan raya kecil. Pemilihan calon yang tepat boleh menjamin kemenangan. Makanya Pas pasti akan memberi tumpuan kepada soal calon. Siapakah calon Pas?

Apakah Pas mahu menjadikan pilihan raya kecil Tenang sebagai medan ujian pengaruh mereka? Sebelum ini terdengar dari berbagai sumber mengatakan sokongan Pas di Johor meningkat. Ada angin perubahan di Johor yang bertiup memberi kekuatan kepada Pas.

Kawasan Tenang mempunyai pengundi seimbang antara Melayu dengan bukan Melayu. Jadi elok kalau ia dijadikan petunjuk kepada perkembangan di masa depan. Apa yang penting sekiranya pilihan raya itu memberi petanda Pas diterima di Johor ia memberi gambaran masa depan Umno tidak sehebat dulu. Ini bermakna kubu kkuat Umno di Johor sudah mula roboh?

Sebaliknya kalau kalau Umno dapat mengekalkan majoiri atau bertambah ini bererti Pas atau Pakatan masih belum boleh mengugat Johor dalam pilihan raya akan datang.

No comments:

Blog Archive