Satu persatu pemimpin PKR tampil mempertahankan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, Datuk Zaid Ibrahim.
Sekutu Zaid Mustaffa Kamil Ayub yang juga calon Timbalan Persiden kini menjauhkan diri dari Zaid, dengan mengatakan bahawa beliau menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar.
Mustaffa berkata bahawa sokongannya Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah.
Menurut Musaffa "Pendirian saya memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi".
"Saya percaya bahawa Keadilan, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara," tegas Mustaffa.
Sebelum ini Mustaffa sehaluan dengan Zaid apabila kedua-duanya menggesa supaya proses pemilihan pucuk pimpinan PKR ditangguhkan kerana berlaku penyelewengan dan penipuan.
Ekoran penyelewengan dan penipuan itu Zaid Ibrahim telah menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Persiden serta melepaskan semua jawatan dalam parti.
Zaid juga mendesak jika Parti PKR dianggap releven dalam lanskap politik negara, maka Anwar dan Azmin perlu berundur, kerana semua punca kelemahan dalam parti yang mengakibatkan parti kucar kacir disebabkan oleh Anwar dan Azmin.;

No comments:
Post a Comment