Monday, November 15, 2010

Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor jadi kambing hitam

Pengurusan Yayasan Selangor menjadi kontraversi sejak akhir-akhir ini ekoran perbelanjaan yang luarbiasa untuk menganjurkan majlis sambutan ulang tahun.

YS yang ditubuhkan bagi maksud menjaga kebajikan rakyat selangor yang kurang kemampuan umpamanya kos untuk pendidikan, disalah guna hanya untuk tujuan keraian.

Majlis sambutan HUT ke-40 itu sepatutnya diadakan semalam dan dijadualkan, DYMM Sultan Selangor akan turut berangkat.

Namun apabila Baginda mendapat sembah maklum, bahawa majlis itu membelanjakan kos yang cukup tinggi, yakni RM 800,000 untuk 200 VVIP dan 2000 tetamu, baginda murka, kerana menurut baginda itu satu pembanjiran.

Ekoran kemurkaan Sultan Selangor, maka Majlis itu dibatalkan.

Untuk mencari kambing hitam penganjuran Majlis itu, Timbalan Pengurus Besar Encik Mohd. Saifulruddin Suliman dipaksa bercuti bergaji penuh selama sebulan.

Yang peliknya belum siasatan dijalankan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengatakan bahawa Pejabat Timbalan Pengurus Besar terlibat dalam keputusan perbelanjaan yang bergitu besar. Sesuatu yang pelik dalam sistem pengurusan, sepatutnya keputusan dibuat oleh Pengurus Besar, namun bagi majlis pengajuran HUT-40 itu, Timbalan pula yang membuat keputusan.

AYT yakin Timbalan Pengurus Besar itu hanya sebagai kambing hitam untuk menutup keputusan "seseorang".

No comments:

Blog Archive