Tuesday, November 02, 2010

PRK Batu Sapi: Siapa kah wanita ini?

Siapa kah wanita ini? Dari segi seragam, dia adalah wanita umno. Wanita ini lah yang dimuat turun dalam Ytube, kononnya membagi-bagi wang sebanyak RM20.

Wang RM20 itu adalah bukti kehadiran majlis makan malam anjuran wanita umno di Batu Sapi.

Telah menjadi kebiasaan, bahawa wang hadir perlu di bayar, jika tidak maka lesu lah majlis itu.

Wang hadir bukan lah bentuk pancingan untuk mengundi calon. Biasanya wang undi bernilai antara RM50-RM200; tergantung latarbelakang pengundi. Jika pengundi atas pagar, biasanya mahal, jika pengundi itu adalah penyokong biasanya RM50 seorang. Wang undi adalah kos ganti, kerana datang mengundi. Tidak semestinya pengundi yang menerima duit ganti itu mengundi calon yang disokong oleh pemberi, kerana mengundi adalah rahsia. Terlalu sukar membuktikan, bahawa yang menerima itu mengundi calon yang disokong oleh pemberi.

Biasanya jika wang ganti tidak diberi maka peratusan yang turun mengundi akan rendah, kerana itu lah di kawasan bumiputera, pada PRU, di mana yang bertanding kekurangan kewangan, maka peratusan yang turun mengundi rendah, sebaliknya jika calon-calon yang bertanding mempunyai kewangan, maka biasanya peratusan yang turun mengundi di kalangan bumiputera di perkampungan adalah tinggi, kerana akibat wang ganti.

Bagi pengundi tidak kisah siapa pemberi, asalkan ada wang ganti, maka mereka akan turun mengundi. Wang ganti ini biasa disebut wang tambang. Jika tiada wang tambang, maka bagaimana mereka turun mengundi? lagi pun masa yang mereka perlukan untuk membuang undi adalah seharian. Atas sebab itu lah, semasa pembuangan undi kedai-kedai kopi-makan di persekitaran tempat mengundi akan penuh sesak, kerana pengundi mempunyai wang untuk makan dan minum.

Demikian lah tradisi pengundian di Sabah. Orang Semenanjung tentu pelik?

No comments:

Blog Archive