Monday, November 15, 2010

PKR parti keluarga Anwar +1

Pemilihan MPP PKR hanya berbaki seminggu lagi. Untuk sementara, pemimpin 3A (Anwar-Azizah-Azmin) sudah pasti menerajui parti yang ditubuhkan berasaskan dendam itu.

Kini anak sulung Anwar, Nurul Izzah masih didepan dalam pertandingan jawatan Naib persiden. Melalui kemenangan wakil rakyat Lembah Pantai itu, kini genaplah parti PKR menjadi parti kelurga Anwar Plus one.

Rakyat diminta memilih parti keluarga Anwar ini pada pilihanraya umum akan datang untuk membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Parti Anwar plus one ini juga lah menjadi kerabat PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Terserah kepada rakyat lah menentukan nasib parti keluarga Anwar ini. Bagi AYT, hanya mereka yang kurang arif dalam erti bernegara memberi sokongan kepada parti yang dikuasai oleh keluarga. Ibarat kata orang- Parti PKR adalah parti untuk kita-kita sahaja.

Lihat apa yang terjadi pada Zaid Ibrahim yang mencuba mempertikai penguasaan keluarga Anwar dalam PKR, Zaid yang pada mulanya disambut sebagai hero 18 bulan lalu, kini dianggap zero oleh para pemimpin atasan PKR.

Sedikit sebanyak Zaid telah dedahkan kepimpinan Palsu Anwar. AYT berharap agar rakyat termasuk AYT sedar, bahawa perjuangan Anwar adalah dipenuhi dengan muslihat, menghalalkan semua cara, agar Parti Anwar plus one tetap dikuasai oleh keluarga Anwar.

Jika dahulunya Anwar membidas kepimpinan Umno adalah pengamal kronisme dan nepotisme, kini semua dakwaan itu sebenarnya ada pada dirinya.

Anwar tidak boleh berselindung lagi, kelajutan maklumat kini, tidak akan boleh Anwar kekang. Semua tindak tanduk Anwar dengan cepat diketahui di semua pelosok negara ini.

Oleh kerana itu, bagi rakyat yang terlanjur menyokong Anwar, masih belum terlambat, berpatah balik lah.

Umno menunggu anda, Umno telah menunjukkan kemampuannya mengurus negara dan rakyat lebih 50 tahun. Jangan terpedayah guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Jika sesat di hujung jalan, kembali lah ke pangkal jalan, kerana sinar Umno ada di sana.

No comments:

Blog Archive