Wednesday, November 03, 2010

Percaya kah anda? Hillary Tak jumpa Anwar, namun buat panggilan hanya minta maaf

Boleh percaya kah kenyataan TV Selangor? Kononnya Hillary Clinton ada menghubungi Anwar hanya minta maaf.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton disahkan ada menghubungi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk bertanya tentang keadaan beliau, isterinya dan juga kes liwat kedua yang sedang dihadapiny, lapor TV Selangor.

Anwar juga memaklumkan tiada pertemuan empat mata dengan Clinton tetapi memberitahu, bekas wanita pertama Amerika itu meminta maaf kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana gagal bersapa dengan beliau pada satu majlis di ibu negara pagi semalam.

“Beliau bertanya tentang saya dan Azizah dan juga meminta maaf kerana pada majlis pagi ini (semalam), beliau hanya diberitahu tentang kehadiran Azizah selepas berakhirnya majlis itu.

“Dan, beliau meminta saya menyampaikan salamnya dan meminta maaf kerana tidak menyedari kehadirannya ketika dialog itu,” kata Anwar selepas satu majlis kempen di sebuah restoran di Sandakan semalam.(Pelik bin ajaib)

Tambah Anwar , Clinton juga memperlihatkan keprihatinan berhubung kes liwat II yang sedang dihadapinya sekarang dan memaklumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengikuti dengan rapat kes tersebut – yang kedua dalam sedekad ini.

“Beliau bercakap mengenai keadaan saya dan saya memberitahu beliau bahawa saya perlu melalui proses perundangan sewajarnya.

“Beliau mengatakan bahawa Amerika Syarikat ambil berat dan mahu kerajaan Malaysia menghormati lunas perundangan,” kata Anwar lagi yang berada di Batu Sapi.

No comments:

Blog Archive