Tuesday, November 16, 2010

Pemimpin Sabah perlu akur 40% penduduknya miskin

Pemimpin Sabah perlu akur laporan Pemantuan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia bahawa 40% penduduk Sabah masih hidup dibawah garis kemiskinan.

Ambil lah contoh Daerah Kota Belud-dimana UMNO Sabah mula bertapak. Sesiapapun boleh melawat dalam radius 10 kilometer daripada Pekan kota Belud-di situ akan terserlah kemiskinan dan kedaifan.

AYT berasal daripada Daerah Kota Belud. Kampung di mana AYT dilahirkan hingga kini belum mengecap saluran air bersih untuk keperluan harian. Kampung AYT tidak jauh daripada pusat Pentadbiran Daerah dan hanya 45 minit daripada Kota Kinabalu dengan kenderaan. Pun demikian, sambungan litrik baru dibekalkan pada tahun 1990, setelah 27 tahun Sabah merdeka melalui Malaysia.

Cuba bayangkan perkampungan yang berada non jauh daripada Pusat Petadbiran, cuba tanya Bung Mohktar Radin wakil Rakyat Kinabatangan atau Datuk Safie Apdal wakil rakyat Sempurna atau  Datuk Ronald Kiandee Timbalan Speaker Dewan Rakyat, bagaimana kedaifan penduduk di kawasannya.

Sebagai contoh terkini adalah Batu Sapi-dimana kawasan ini menjadi tumpuhan dari 26 Oktober hingga 4 November kerana pilihanraya kecil.Ramai pemimpin nasional sempat sedih dan pilu menyaksikan kedaifan dan keadaan kaum bumiputera Batu Sapi.

Rakyat Sabah seperti AYT tahu benar keadaan penduduk negeri- apa yang dilaporkan oleh MEM memang benar dan tepat. sanggahan EPU Sabah melalui pengarahnya Ismail Abdullah-hanya berasaskan stastistik buatan atas meja-tanpa kajian lapangan yang telus.

AYT bersetuju dengan pandangan mantan pengasas UMNO Sabah Datuk Karim Ghani-bahawa ramai penduduk Sabah miskin, namun juga ramai pemimpinya kaya raya. Jika anda sempat berjalan-jalan di Putatan Sabah- anda akan dipamerkan kehebatan rumah wakil-wakil rakyat yang mendiami kawasan itu. Seorang ADUN Sabah daripada Pantai Timur Sabah-berrumah disitu- rumahnya bagaikan "white House" dengan berpuluh-puluh kenderan wewah.Berasaskan pengalaman AYT mengurus- untuk mengurus rumah ADUN itu-- sekurang-kurangnya perlu RM100,000 sebulan.

Kenapa 40% penduduk Sabah miskin? sebabnya mereka tidak mempunyai sumber pendapatan. Pekerjaan yang ada hanya mampu memberikan pendapatan kurang daripada RM400 sebulan. Bayangkan dengan keluarga 6 orang-- cukupkah pendapatan itu?

Memang diakui-bahawa pembangunan bandar-bandar di Sabah cukup pesat-- terutama kawasan KKIP di mana Universiti Sabah terletak. Tempat ini bagaikan bandar baru.. namun tidak bermanafaat langsung kepada 40% penduduk yang tinggal di perkampungan.

No comments:

Blog Archive