Zaid mencadangkan agar Pakatan Rakyat diterajui oleh Pas untuk keluar daripada bayang-bayang Anwar.
Beliau menamakan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan empat anggota parlimen PAS - Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) and Khalid Samad (Shah Alam) sebagai calon-calonnya.
Menurut Zaid PAS lebih tegas, menggambarkan keyakinan yang lebih dan dapat keluar daripada bayang-bayang Anwar.
Selagi Pakatan Rakyat diterajui Anwar, maka parti gabungan DAP-PAS-PKR itu akan terus terumbang ambing disebabkan kepimpinan Anwar yang dipenuhi masalah pribadi.
Mantan Penyelaras PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, PKR kini menjadi kucar kacir kerana Anwar.
'Konflik' Zaid dan PKR dilihat sampai ke kemuncaknya apabila beliau mengundur diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti kerana tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat.
Beliau juga mara setapak lagi dengan meminta Anwar dan naib presiden Azmin Ali - yang juga pesaingnya dalam jawatan itu - berundur daripada PKR.
Dalam wawancara eksklusif satu mukasurat penuh dengan Mingguan Malaysia - versi mingguan Utusan Malaysia - hari ini, Zaid juga berazam terus memacu perubahan dan transformasi tida kira sama ada dari pembangkang atau BN.
"Kalau BN salah saya tentang dan kalau betul saya sokong. Dari dulu sampai sekarang saya ikut isu atau dasar.
"Saya tidak ada minat untuk jaga siapa yang bakal naik, perdana menteri atau ketua pembangkang. Siapa untung siapa rugi itu adalah nasib mereka," kata bekas menteri di era perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.
Menurut Zaid lagi, beliau mahukan karier politiknya berakhir dengan parti politik yang menggambarkan idealismenya tidak kira sama ada ia berjaya atau pun tidak.
Menyentuh tentang Anwar, Zaid mendakwa ketua umum PKR itu "meletakkan badannya sendiri sebagai tidak boleh disentuh".
Manakala PKR pula disifatkan sebagai "hanya sebuah parti untuk Anwar dan kawan-kawannya".

No comments:
Post a Comment