Monday, November 01, 2010

Kawasan kami juga mahu PRK

Tanpa diminta pengumuman projek bagaikan halilintar menyambar langit. Jalan berlubang, terus diturap. Jambatan kayu jadi konkret. Jeti usang jadi baru. Sekolah usang jadi baru. Mesjid usang jadi baru dan besar. Tokong dapat dana, gereja dapat dana. Para nelayan dapat enjin sangkut baru. Dapat bantuan beras, pukat dan macam-macam lagi. Poket money untuk mengundi juga ada. Kawasan kami mahu juga PRK.

Kenapa setiap PRK pengumuman projek bertalu-talu? apakah sipemberi projek tiada perancangan? tiada data? tiada yang melaporkan?

Kawasan kami saban hari di laporkan, baik blog mahupun keluhan melalui surat khabar, keluahan kepada YB (konon yang berkhidmat), kepada pemimpin, namun lambat juga pengumuman itu? Kami mahu PRK, agar supaya pengumuman projek bagaikan halilitar.

Kami mahu juga menyaksikan ada calon-calon jatuh ke laut, berkubang dalam lumpur, minum air berkarat, berperluh-peluh kerana panas.

Kamu mahu juga ada calon terpalit tahi lembu, tahi ayam, tahi kerabau, tahi kambing, kerana jalan-jalan kami memang untuk binatang seperti itu.

Kamu mahu juga PRK. Bila kah itu?

No comments:

Blog Archive