Pantang larang kaum cina semasa berkabung adalah balu biasanya tidak dibenarkan keluar rumah, apatak lagi mengunjungi rumah jiran atau orang lain.
Biasanya sibalu tidak diterima masuk ke rumah atau pekarangan rumah, demikianlah salah satu pantang larang kaum cina.
Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN bagi PRK P-185 Batu Sapi-Sandakan menjadi balu pada 9 Oktober lalu, apabila suaminya mendiang Edmung Chung Ket Wah terbabit kemalangan jalanraya di Kota Kinabalu.
Menurut kaum cina, apabila menjadi balu, selama 40 hari si balu akan berperuk dalam rumah, namun di zaman modern ini, mungkin tradisi itu mula terhakis.
Walaupun tradisi kaum cina itu mula terhakis, apa kah keadaan ini yang mengakibatkan sokongan kaum cina kepada kempen Datin Linda Tsen kurang mendapat sambutan daripada masyarakat cina Batu Sapi?
Dikhabarkan setelah berkempen 6 hari yang diketuai sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, kawasan cina masih gelap terhadap BN. Setakat semalam, dianggarkan tidak lebih 26% pengundi cina berpihak kepada BN.
Pengundi cina walaupun dikatakan berpihak kepada Yong Teck Lee, namun para penganalisis politik mengatakan, sebenarnya masyarkat cina tidak suka kepada Yong Teck Lee, akibat kerugian yang mereka alami dalam pembelian Saham Amanah Sabah (SAS).
Ramai pemantau di Batu Sapi mengatakan bahawa kehadiran orang ramai dalam ceramah Yong Teck Lee adalah hadirin yang "DIKITAR". Jentera Yong dikhabarkan telah mengatur tidak kurang 200 penyokong kitaran dalam masa kempen itu. Tujuan mengitar kehadiaran ini adalah perang psikologi, agar supaya kenamapkan bahawa setiap ceramah Yong Teck Lee mendapat sambutan.
Kemana penyokong cina akan memberi sokongan? Tidak dinafikan DAP mempunyai penyokong tegar di Sandakan. Tahun 1990-an kawasan Batu Sapi merupakan sebahagian daripada kawasan parlimen Sandakan, di mana pada masa-masa itu, kawasan itu selalu dikuasai oleh DAP.
Kehadiran Lim Kit Siang yang berkempen untuk Ansari Abdullah calon PKR, sedikit sebanyak menggali nostalgia kaum cina Batu Sapi mengenai sokongan mereka kepada DAP.
Bagi AYT, pada pembuangan undi pada 4 November ini, kaum cina akan memberikan sokongan besar kepada calon PKR kerana faktor nostalgia bukannya kepada calon SAPP Yong Teck Lee.
Faktor nostalgia ini yang menjadi hambatan kepada kaum cina menyokong BN.
Pengamatan para pemerhati politik luar yang mengatakan bahawa pesaing utama terhadap calon BN adalah SAPP, bagi AYT bukanlah demikian. Pesaing utama BN adalah calon PKR.
Bohong juga, kalau Yong Teck Lee tidak mendapat undi cina. Kehadiran Yong menyebabkan undi cina akan terbagi kepada ratio:5:3:2, yakni 50% akan mengundi PKR, 30% mengundi SAPP dan 20% mengundi BN. Jumlah pengundi cina Batu Sapi adalah 9,737 pengundi. Katakan lah 80% turun pengundi, ini bererti jumlah pengundi yang mengundi adalah 7,780. Daripada jumlah ini 3,890 mengundi PKR kerana faktor DAP, 2,334 mengundi SAPP dan 1,556 mengundi BN. Melihat unjuran ini, PRK Batu Sapi sebenarnya adalah persaingan antara PKR dan BN, bukannya antara BN dan SAPP.
Semnetara itu, pengundi bumiputra adalah 15,600. Katakan peratusan yang turun mengundi adalah 70% (rekod menunjukkan peratusan memang rendah. Ini bererti, jumlah bumiputera yang turun mengundi adalah 10,920 orang.Menurut analisis lapangan daripada para pemantau, ratio antara calon adalah: 7BN:1.5:SAPP dan 1.5PKR. Ertinya BN akan mendapat undi 7,644; SAPP 1,638 demikian juga PKR.
Undi Pos, sudah pasti akan berpihak kepada BN.
Berasaskan perkiraan di atas, sebab itu lah ramai pemerhati atau juru kempen mahupun tulisan blog, mengatakan cahaya kemenangan sebenarnya di tangan BN walaupun majoriti lebih rendah dibanding keputusan PRU-12 tahun 2008.
Apa-apapun semuanya boleh belaku dalam 3 hari masa berkempen ini. Sama-sama kita tunggu keputusan pada malam 4 November nanti.
Dalam perkembangan lain walaupun kelihatan sedikit penat dan suaranya agak serak, calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, meneruskan kempen dari rumah ke rumah di beberapa kampung semalam, sambil diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Sejurus melawat ke Kampung Bokara, Tsen meneruskan perjalanan kempennya ke Pasar Taman Mawar sebelum menghadiri majlis makan malam bersama Persatuan Cina Bersekutu Sandakan di Dewan Yu Yuan, Batu 4 dekat sini.
Kehadirannya di perkampungan Bumiputera Islam menggembirakan penduduk di situ yang menaruh harapan supaya Tsen menang pada pilihan raya kecil itu, Khamis ini.
Seorang penduduk Kampung Bokara, Syed Kassim Syed Omar Ali, 75, berkata dia gembira kerana calon BN itu singgah ke rumahnya dan sempat berpesan kepada Tsen supaya dapat mengekalkan kemenangan BN di Parlimen Batu Sapi.
“Penduduk di kampung ini memang menyokong BN dan permintaan kami tidak banyak... hanya meminta beliau dapat mencipta kemenangan yang besar untuk BN. Kami berharap calon BN akan menang dalam pilihan raya kecil ini bagi memastikan kerajaan BN terus memerintah.
“Walaupun ini adalah kali pertama saya bertemu dengan calon BN, kami yakin ia boleh meneruskan perjuangan mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang belum selesai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bokara, di sini semalam.
Kampung Bokara yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting mempunyai lebih 1,000 penduduk dengan 570 daripadanya layak sebagai pengundi.
Majoriti penduduk di Kampung Bokara berbangsa Bajau dan penduduknya ada yang bekerja sendiri selain di jabatan kerajaan serta swasta. Selain Karamunting, satu lagi kerusi DUN di Parlimen Batu Sapi ialah DUN Sekong.
Syed Kassim berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin kerap datang ke kampung itu untuk bertemu dengan rakyat dan berharap Tsen akan berbuat demikian apabila memenangi pilihan raya kecil ini.
"Kami harap Tsen akan selalu datang nanti melihat kami di sini. Apabila beliau (Tsen) menang nanti, kami juga meminta beliau dapat memberi pemadam api di semua rumah di kampung ini bagi membantu memadam api jika kebakaran berlaku.
"Ini disebabkan sebelum ini pernah berlaku kebakaran dan kami terpaksa menunggu bomba kerana tiada alat pemadam api," katanya sambil menambah Kampung Bokara sudah dilengkapi bekalan elektrik dan air.

No comments:
Post a Comment