Wednesday, November 10, 2010

Hampir 80 Cabang PKR desak pemilihan MPP Parti ditangguh

Sebuah badan - Gabungan Cabang PKR - mendakwa sekurang-kurangnya 24 ketua cabang telah membuat tuntutan terbuka kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti itu supaya menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung.

Menurut kenyataan itu, cabang berkenaan juga menuntut supaya siasatan segera dijalankan ke atas dakwaan yang dibuat seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub.

Dalam kenyataannya hari ini, gabungan itu menyenaraikan 24 ketua cabang tersebut - Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

"Adalah tidak wajar jika terdapat mana-mana pihak khususnya ahli JPP dan juga petugas pemilihan dilihat berpihak kepada calon-calon tertentu dan terlibat memanipulasi serta menipu undi.

"Fenomena tersebut telah dikesan berlaku di dalam beberapa insiden sebelum ini yang mana turut diadukan oleh Mustaffa Kamil dan juga ahli yang lain kepada JPP dan juga kepada sekretariat parti,".

"Kalau semua sekali anggaran 80 cabang semuanya yang sokong kita (untuk tangguhkan pemilihan).

"Ini bukan soal sokong siapa-siapa, kita hanya mahu tambah baik proses pemilihan ini,".Kata kenyataan itu.

Jelasnya, usahanya setakat ini telah membuahkan hasil apabila mendapat sokongan berkenaan memandangkan ia dibuat secara spontan.

No comments:

Blog Archive