Di mana kekuatan Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah? yang secara tiba-tiba meningkat dan mencengangkan jentera BN dan Pemimpinnya?
BN telah mengumumkan berjuta-juta ringgit peruntukan untuk pembangunan, namun sokongan belum padu, malah dikhabarkan, kemenangan BN masih samar-samar.
Apa kah pendekatan BN melalui makan malam bersama pemimpin hanya mengundang kemarahan? kerana hanya kali ini pengundi begitu dihargai, sedangkan 2 tahun berlalu, keadaan itu tidak pernah kunjung datang.
Jentera BN yang diketuai Ketua Menteri Datuk Musa Aman, disokong oleh TPM, menteri-menteri kanan persekutuan, sudah tentunya menteri kabinet negeri, nampaknya kurang berkesan pada pengundi cina, kenapa kah perkara ini boleh berlaku? Kononnya mendiang Edmund Chung Ket Wah suami kepada calon BN Linda Tsen Thau Lin adalah wakil rakyat yang disenangi dan mendapat sokongan padu daripada kaum cina? Namun semasa PRK ini, nampaknya semua tidak menjadi.
Lawan Edmund pada PRU-12 lalu Dr Francis Chong telahpun menyeretai BN melalui parti PBS, namun sokongan kaum cina pada BN masih hitam setakat ini. Untuk rekod Dr Francis berjaya mendapat undi lebih 5000 pada PRU-12, itupun hanya sebagai calon bebas.Apa kah penyertaan calon bebas ini, tidak berjaya membawa penyokongnya? atau undi yang diperolehinya itu, adalah mereka-mereka yang memang anti BN? Jika lah demikian, maka kiraannya cukup mudah. Pengundi tegar anti-BN telah ada 5,000; penyokong peribadi Yong Teck Lee katakan 1,000 dan penyokong parti SAPP katakan seribu, jika andaian ini benar, maka kemenangan berpihak kepada Yong Teck Lee. Kenapa dikatakan demikian, undi BN berkurang, selain ditarik oleh Yong sendiri dan partinya, juga faktor calon PKR.
Benarlah kata Yong Teck Lee sebelum penamaan calon, bahawa dia hanya perlu undi 1,000 dari kalangan bumiputera untuk menang PRK Batu Sapi.
Jika BN kalah, ertinya kehadiran seluruh pemimpin BN tidak berbaloi langsung. Akibatnya lebih parah lagi, kedudukan BN-Sabah sebagai simpanan tetap telah tergugat. Bagi AYT, walaupun BN menang, tetapi melalui majoriti yang berkurang, itu juga merupakan tamparan hebat kepada kepimpinan BN negeri. Sesuatu perlu dilakukan, bukan sahaja bedah siasat, akan tetapi mengubah seluruh peringkat kepimpinan, kerana jika tidak malapetaka besar akan melanda. Fikir-fikirkan lah.

No comments:
Post a Comment