Saturday, November 20, 2010

Apa motif pembunuhan Peguam G Balasundram?

Pembunuh di negara ini tidak memilih mangsa. Siapa sahaja yang dipikirkan perlu dibunuh maka perlu dibunuh. Undang-undang negara tidak mereka perlukan lagi, yang ada adalah undang-undang sendiri.

Benarlah pihak polis akan menemukan motif pembunuh menghilangkan nyawa mangsa, namun polis tidak akan mampu mengembalikan nyawa yang telah hilang.

Peguam pembela rakyat tertindas G.Balasundram dibunuh dengan kejam oleh 4 lelaki bertopeng selasa lalu sebaik sahaja keluar daripada kereta yang dipandunya didepan rumahnya di Taman Desa Rishahm Buntong,Ipoh Perak.

Peguam itu ditetak bertubi-tubi sehingga rebah dan berlumuran darah tanpa dapat mempertahankn dirinya. Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, meninggal dunia jam 9 malam hari yang sama.

G Balasundram,dikatakan sebagai “peguam de facto” bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang secara aktif banyak membantu parti itu dari segi perundangan.

Antara kes terakhir yang sempat dihadir beberapa hari lalu sebelum dibunuh ialah membuat , rayuan bagi pihak empat aktivis, termasuk seorang ahli PSM yang ditahan semasa membantah menuntut pemindahan sebuah kilang getah yang mencemar kampung baru di Kuala Kuang di Chemor, Perak.

Keputusan rayuan G Balasundram bagi pihak 4 orang aktivitis itu Mahkamah Majistret didapati membuat 'kesilapan besar dalam undang-undang” ketika menjatuhkan hukuman bersalah ke atas empat aktivitis masyarkat dari Kampung Baru Kuala Kuang di Chemor, Perak kerana terbabit dengan perhimpunan haram di hadapan balai polis Kuala Kuang pada 1 April, 2001.

Sehubungan dengan itu, pesuruhjaya kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh, Choong Siew Kim membenarkan permohonan mereka mengketepikan hukuman bersalah itu serta memerintahkan supaya denda RM5,000 yang dikenakan ke atas mereka dipulangkan semula.

Bagaimanapun polis sudah memperoleh petunjuk berhubung kes pembunuhan peguam itu dan yakin kes itu dapat diselesaikan dengan kadar segera, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

No comments:

Blog Archive